Ekonomi

Zurich Malaysia Memperkasakan Kesihatan Mental dan Pengungkapan Kesenian di Zurich Community Week 2023

ZURICH Malaysia (Zurich), syarikat insurans dan takaful terkemuka yang komited ke atas tanggungjawab sosial korporat, berbesar hati untuk mengumumkan pengakhiran acara Zurich Community Week 2023 yang telah diadakan dengan jayanya.

Acara ini ditujukan untuk mendukung masyarakat tempatan serta mencorak masa depan yang lebih cerah
buat golongan rentan, selaras dengan komitmen jenama Zurich ke atas #CareForWhatMatters.

Menurut data terkini, isu kesihatan mental didapati semakin meruncing di Malaysia. Pada tahun lalu, tinjauan Kesihatan Mental 2022 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan turut menunjukkan bahawa sekitar 29% warga Malaysia pernah mengalami sesuatu bentuk cabaran kesihatan mental.

Statistik ini membuktikan betapa pentingnya inisiatif-inisiatif yang mengutamakan kesihatan mental serta menyediakan perkhidmatan sokongan isu kesihatan mental kepada mereka yang berhadapan dengan isu ini.

Sempena sambutan Zurich Community Week, acara Paint For Change with Zurich yang berlangsung pada hari Sabtu lalu, 17 Jun 2023 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental serta mendemonstrasikan kuasa transformatif yang dimiliki seni sebagai alat ekspresi kendiri.

Acara ini telah melibatkan pelbagai aktiviti yang menarik, seperti Sesi Seni Terapeutik, Perkongsian Tentang Kesihatan Mental oleh organisasi terapi yang ternama, iaitu Art Therapy Academy, dan Bidaan Karya Seni Kanak-Kanak.

“Kami teruja atas kejayaan acara Paint For Change, dan impaknya terhadap usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental kerana ia merupakan salah satu tunjang kepada mesej jenama Zurich, iaitu melindungi segala yang bermakna”, jelas Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Peringkat Negara Zurich Malaysia.

Tambah beliau, “Di Zurich, kami berusaha mencorak masa depan yang lebih cerah buat semua individu, termasuk golongan rentan menerusi pelbagai aktiviti dan kolaborasi yang bermakna.”

Dalam Sesi Seni Terapeutik tersebut, sebanyak 150 peserta telah berpeluang untuk mengalami sendiri kelebihan dan manfaat yang dizahirkan oleh terapi seni. Di bawah bimbingan para pakar, pengunjung telah menyertai dalam pelbagai aktiviti seni yang dirancang khas untuk memudahkan ungkapan emosi, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan kesejahteraan mereka secara menyeluruh.

Sesi ini telah mempamerkan impak besar terhadap kesihatan mental melalui seni serta menonjolkan nilai terapeutik di sebalik penerokaan kreatif.

“Kami berbesar hati kerana dapat mengambil bahagian dalam acara ini, untuk meningkatkan  kesedaran mengenai kesihatan mental serta manfaat yang dibawakan oleh pengungkapan kesenian”, ujar Bee Tin Teoh, Pengasas Art Therapy Academy dan seorang ahli terapi seni berdaftar.

Tambah beliau, “Sokongan padu yang diberikan oleh Zurich Malaysia kepada Art Therapy Academy dalam menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat haruslah dipuji.”

Antara yang menjadi tumpuan di acara Paint For Change with Zurich ialah sesi Bidaan Karya Seni Kanak-Kanak, yang menunjukkan bakat dan hasil karya seni ciptaan kanak-kanak dari Lighthouse Children Welfare Home.

Para hadirin telah berpeluang untuk membida karya-karya seni tersebut, dan 100% daripada dana yang  Berkumpul melalui sesi berkenaan akan dikhaskan untuk menampung keperluan rumah kebajikan mereka.

Apabila Zurich Malaysia menyempurnakan cabarannya untuk mengumpul dana sebanyak RM5,000 untuk rumah kebajikan kanak-kanak tersebut, dan bersempena dengan ulang tahun Z Zurich Foundation yang ke-50 pada tahun ini, Z Zurich Foundation akan menyumbang dana tambahan sebanyak 150% daripada jumlah hasil jualan yang terkumpul. – SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button