Pendidikan

Zawawi Ahmad mencadangkan garis panduan isu daftar sekolah agama persendirian

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mencadangkan garis panduan yang lebih mudah supaya Sekolah Islam Persendirian (SIP) Selangor dapat beroperasi ekoran kebimbangan lebih 20 ribu pelajar Islam terancam dan akan hilang tempat belajar mereka.

Beliau juga telah mengadakan satu pertemuan bersama pihak Persatuan Gabungan Sekolah Islam Selangor (Gasis) bagi tujuan membincangkan proses pendaftaran bersama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak bomba.

“Setelah mendengar apa yang dikemukakan oleh pihak GASIS, saya melihat perkara ini boleh dibantu oleh pihak negeri melalui beberapa perkara kaedah yang telah kita lakukan semasa kita membantu sekolah tahfiz.

“Sebab itu kita kemukakan garis panduan sekolah tahfiz yang sebahagian daripada cari untuk membantu kerana di negeri Selangor kita ada 526 sekolah tahfiz yang bertebaran seluruh negeri ini, jadi kita nak bantu supaya mereka apabila berdaftar dengan kerajaan akan dapat bantuan dari Jakim, Zakat dan pelbagai agensi bagi menambah baik premis dan perkhidmatan Pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah tersebut.

Jelasnya lagi, terdapat juga 171 sekolah agama persendirian yang beroperasi di Selangor, ada yang sudah lebih 10 tahun dan ada juga baru ditubuhkan.

Cabaran utama bagi sekolah-sekolah ini adalah berdaftar dengan PBT oleh itu pihak kerajaan negeri akan membawa perkara ini pada perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) supaya perkara ini akan diberikan kelonggaran sehinggalah hujung tahun ini.

Berikut adalah 7 resolusi perbincagan proses pemutihan sekolah agama persendirian di Ngeri Selangor

Kesukaran pendaftaran itu telah menimbulkan kebimbangan pelajar sekolah berkenaan menghadapi masalah untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Ujian Penilaian Selangor Rendah Agama (PSRA).

“Proses pendaftaran kekal dan sementara akan bermula tahun hadapan, pihak kerajaan negeri juga akan meneliti semua cadangan dan aduan yang dikemukakan oleh pihak GASIS untuk kami mencari penyelesaian lebih menyeluruh supaya sekolah ini dapat memberikan pendidikan terbaik pada anak-anak negeri Selangor. “ katanya semasa sesi sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS)  hari ini.

Pihaknya juga akan mengadakan satu mesyuarat berkaitan pihak PBT dan juga GASIS serta plan Malaysia bagi mendapatkan data terkini berapakah jumlah sekolah yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan GASIS.

Artikle Berkaitan :>

PKPP : Sekolah Agama Perlis patuh SOP KPM

Syor tauliah khas mengajar agama di premis pendidikan – Pemangku Raja Perlis

Masjid, surau, sekolah agama bawah JAIS terjejas, perlu bantuan

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button