NasionalPendidikan

ATHABM dan ATBMST dibuka hingga 2 Jun-KPT

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan pencalonan bagi Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) dan dua anugerah lain iaitu Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM) dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST) kini dibuka secara rasmi bermula semalam, 31 Mac sehingga 2 Jun ini.

Kementerian dalam satu kenyataannya berkata,  ATABM diperkenalkan bagi mengiktiraf ahli-ahli akademik Universiti Awam (UA) yang mengangkat Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

Bukan sahaja dalam bidang Sains Sosial malah Sains dan Teknologi dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai wahana penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masyarakat.

“ATHABM terbuka kepada ahli akademik universiti awam yang berumur 44 tahun ke bawah manakala ATBMST pula diadakan bagi mengiktiraf ahli akademik di Politeknik dan Kolej Komuniti,” katanya.

Menurut kenyataan yang sama, KPT telah menobatkan sembilan tokoh akademik sejak anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012.

Katanya, melalui penganugerahan ini, KPT akan terus komited dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan seterusnya menjadikan Bahasa Melayu kekal sebagai wahana pembangunan ilmu, penyampaian maklumat dan komunikasi di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, boleh melayari laman sesawang rasmi ATABM 2023 di https://atabm.mohe.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan ATABM 2023 boleh dikemukakan kepada urus setia melalui e-mel [email protected]. – SM

BACA KPT bantu pelajar terkesan banjir

BACA KPT-PENJANA: UniMAP terima dana hampir RM4 juta

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button