Analisis

Zahid Hamidi tak sepatutnya kaitkan UMNO

KATA Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dengan tidak berhasrat untuk mencampuri urusan Mahkamah, UMNO amat dukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan YB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim YA Dato’ Mohd Nazlan Bin Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

UMNO memandang berat pendedahan berkaitan Hakim YA Dato’ Mohd Nazlan Bin Mohd Ghazali berkenaan tuduhan penglibatan beliau dalam penubuhan SRC International Sdn. Bhd. Walhal beliau juga adalah hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas YB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dalam kes bersabit syarikat yang sama.

Kedudukan Dato’ Mohd Nazlan Bin Mohd Ghazali sebagai peguam dan setiausaha Maybank pada tahun 2006 sudah tentu memberikan akses besar kepada beliau dalam isu pentadbiran bank berkenaan. Termasuklah bagaimana wang RM42 juta iaitu sebahagian daripada RM140 juta yang dipinjamkan oleh Maybank kepada Putra Perdana Development boleh dipindahkan ke akaun YB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, yang akhirnya menjadi punca dakwaan ke atas beliau.

Sudah menjadi satu amalan etika am kehakiman di seluruh dunia bahawa mana-mana Hakim yang sedang mendengar sesuatu kes, jika mendapati ia sedang berada di dalam keadaan konflik kepentingan dengan kedudukannya samada semasa atau sebelum menjadi seorang hakim, perlu mengecualikan dirinya dalam mendengar apatah lagi memutuskan kes tersebut.

Lebih parah lagi jika ada sebarang cubaan untuk menyembunyikan fakta penglibatan yang terkait dengan konflik berkepentingan sejak dari awal proses penghakiman dijalankan.


Semua ini sebenarnya boleh menghakis integriti badan kehakiman yang sepatutnya menjadi tunjang kepercayaan mutlak rakyat terhadap benteng utama kedaulatan undang-undang.

UMNO bertegas untuk tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah. Namun, kami percaya bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat telah dilaksanakan.

Sepatutnya Ahmad Zahid
tidak wajar mengaitkan nama parti UMNO didalam sesuatu kes yang sedang diperbicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Mengkritik keputusan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan merupakan *Contempt of Court* (menghina mahkamah).

Tidak wajar dilakukan oleh Presiden UMNO. – SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button