fbpx
Nasional

Yayasan Raja Zarith Sofiah Johor sumbang PPE kepada empat hospital

YAYASAN Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) telah menyumbang 1,050 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bernilai RM150,000 kepada empat hospital di Johor untuk kegunaan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim berkata, sebanyak 400 unit PPE disumbangkan kepada Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail (250 unit), Hospital Permai (150 unit) di Johor Bahru manakala Hospital Kluang menerima 250 unit PPE.

Sumbangan itu adalah daripada dana sebanyak RM1 juta yang diterima YRZSNJ daripada Yayasan Amal Ng Teng Fong (NTFCF) di Singapura pada minggu lepas.

“Sumbangan ini bagi membantu negara kita bagi membendung penularan wabak berkenaan.

“Bantuan-bantuan lain akan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi membantu pasukan petugas barisan hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook The Royal Johor seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.


BACA

Bari-baru ini Yayasan Amal Ng Teng Fong (NTFCF) dari Singapura telah menyumbang sebanyak RM1 juta menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bagi membantu Malaysia membendung penularan wabak COVID-19.

Permaisuri Johor itu menzahirkan ucapan penghargaan kepada Pengerusi yayasan berkenaan, Robert Ng Chee Siong atas sumbangan itu.

“Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada Robert Ng atas keikhlasan beliau,” titah Permaisuri Johor kepada Royal Press Office.

Raja Zarith Sofiah bertitah sumbangan berkenaan amat dihargai dan sebahagian besar sumbangan itu penting untuk digunakan bagi memperoleh segala keperluan perlindungan bagi petugas perubatan barisan hadapan dan mesin perubatan bagi hospital di seluruh Malaysia terutama dalam membendung penularan wabak berkenaan.

“Saya akan mendapatkan nasihat serta maklumat daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu dan Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim bagi membolehkan sumbangan disampaikan mengikut keperluan,” titah baginda lagi.

Sementara itu, Ng berkata NTFCF ditubuhkan sempena mengenangkan ayahnya, Ng Teng Fong yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di Singapura.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button