Nasional

Tidak wajar tamatkan wifi percuma di PEDi Sabah – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa dukacita jika benar perkhidmatan WiFi percuma di PEDi Sabah ditamatkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.

Justeru beliau meminta menteri berkenaan mengkaji semula keputusan itu.

“Rakyat sedang bergelut dgn kos sara hidup yang terus melambung. Biarlah anak muda dapat akses kepada Wi Fi percuma, malah perlu diperluas dan dipertingkatkan kelajuannya,” kata beliau.

Jelas beliau, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) dahulu telah ada rancangan memperluas liputan capaian internet sekitar PEDi bagi meningkatkan penglibatan anak muda luar bandar dgn aktiviti ekonomi digital.

Kata beliau, Ia perlu diteruskan dan janganlah kerajaan sesudah gagal menunaikan apa yang dijanjikan, menamatkan pula apa yang sekian lama rakyat nikmati.

“Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran,” katanya.

Penamatan WIFI Komuniti Percuma Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) adalah tidak wajar dan mengundang masalah kepada pelajar di kawasan luar bandar.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata ramai pelajar di kawasan luar bandar Sabah masih bergantung dengan WIFI komuniti percuma yang disediakan oleh PEDi bagi meneruskan aktiviti pembelajaran harian.

“Tidak semua kampung ada memiliki PEDi atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti untuk pelajar kunjungi, ada pun terletak jauh dari kampung mereka,” katanya ketika mengulas mengenai penamatan WIFI Komuniti PEDi yang tular.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran menjelaskan pelajar di kawasan luar bandar masih bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan WIFI komuniti percuma untuk pembelajaran mereka.

“Menteri KKD Fahmi Fadzil sewajarnya membuat kajian secara menyeluruh berhubung perkhidmatan itu sebelum menamatkannya.

“Jika benar, notis yang telah dikeluarkan kepada pengendali PEDi di seluruh Sabah dengan mengesahkan bahawa perkhidmatan itu akan ditamatkan dengan kadar segera. Kontrak untuk membekal perkhidmatan internet jalur lebar percuma itu belum lagi diperbaharui dan mungkin tidak akan diperbaharui oleh pihak kementerian untuk masa ini.

“Ini adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku sekaligus akan bakal mengundang masalah kepada masyarakat luar bandar khasnya golongan pelajar B40,” tegasnya.

Justeru itu, Suhaimi meminta Menteri KKD membuat penjelasan berhubung perkara ini dan apa inisiatif baharu kementerian untuk diperkenalkan oleh kerajaan bagi memastikan golongan pelajar luar bandar Sabah ini tidak terjejas dalam menjalankan aktiviti pembelajaran mereka yang memerlukan akses internet.

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button