Nasional

Jumpa hantu lagi senang daripada jumpa ahli politik

WAKIL-WAKIL rakyat di Parlimen Kulim Bandar Baharu diminta memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bukan sekadar datang pada musim pilihan raya.

Seorang penduduk di Padang Serai, Kedah, Azahari Mahamad dalam hantaran Facebook kumpulan Padang Serai Community berkata, di kawasan mereka ada tiga orang wakil rakyat.

Iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas dan Lunas serta Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Katanya, wakil rakyat terbabit diminta jaga rakyat  terutama yang membabitkan perkara asas seperti masalah jalan dan jenayah.

“Nak buat aduan kena bagi surat bagai, nak undi tak minta surat. Kami tak minta duit ringgit. Kami minta jaga kawasan elok-elok.

“Benda tak susah pun, pergi Sabah dapat Covid-19 sanggup. Perkara ini sudah lama bukan baru semalam. Ingat, rakyat sekarang bijak dan mereka cari hanya yang boleh buat kerja.

“Jangan bila sudah dekat PRU baharu nak kenal rakyat.

“Jumpa hantu lagi senang daripada jumpa ahli politik,” tulis Azahari.

Baru-baru ini tular di Padang Serai bagaimana para penduduk bertindak sendiri menampal jalan-jalan yang berlubang di kawasan perumahan mereka ekoran aduan kepada PIhak Berkuasa Tempatan tidak mendapat tindakan segera. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button