Politik

Warisan nafi khabar angin tinggalkan PH

PARTI Warisan Sabah (Warisan) menafikan khabar angin kononnya parti itu meninggalkan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) seperti kenyataan tular di media sosial sejak Jumaat.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua berkata, kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memecah-belahkan kerjasama PH Plus.

“Untuk rekod, Warisan tidak pernah berada dalam gabungan PH sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lagi.

“Bagaimanapun, pendirian Warisan konsisten untuk bekerjasama dengan PH sehingga sekarang digelar PH Plus,” katanya dalam kenyataan.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button