NegeriUncategorized

Rancang dengan teliti untuk capai impian – Raja Muda Perlis

KESEMPURNAAN itu adalah sesuatu yang sukar dicapai oleh seseorang dan selalunya hanya mampu dinikmati selepas berkali-kali bangun daripada kegagalan.

Usahlah berasa sedih walaupun jika kita gagal pada awalnya, bahkan kita harus berasa lega kerana kita telah mencuba sebaiknya.

Sebahagian daripada kita juga meletakkan limitasi dalam kehidupan masing-masing.

Kita tidak perlu takut untuk berimpian kerana impian itu adalah milik kita dan tiada salahnya untuk seseorang itu menganyam impian.

Apa yang diperlukan adalah perancangan yang teliti dan tindakan yang tepat untuk memastikan impian kita itu dapat dicapai.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin yang diiring Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor turut berkenan berangkat menerima mengadap hormat pendakwah, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button