Politik

Selamat tinggal KKM – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) hari ini secara rasmi menyerahkan semua tugas di Kementerian Kesihatan (KKM) kepada penggantinya, Dr. Zarina Mustafa selaku Menteri yang baru.

Beliau turut mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh kakitangan di kementerian kerana sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan, seluruh warga kerja di kementeri tersebut telah memberi kerjasama yang baik.

“Saya telah cuba yang terbaik. Saya tidak akan melupakan semua orang di KKM. KKM akan sentiasa ada di hati saya. Terima kasih dan mohon maaf jika ada yang kurang daripada saya,” kata KK menerusi catatan beliau di media sosial Instagram Khairykj.

Untuk rekod, sepanjang menjadi Menteri Kesihatan, KJ telah berhadapan dengan masalah kesihatan 32 juta rakyat Malaysia yang menerima impak pandemik Covid-19.

Pandemik Covid-19 dibawa masuk ke negara ini oleh pelancong dari China yang mana, wabak itu mula-mula dikesan di Wilayah Wuhan akhir tahun 2019 awal tahun 2020.
Sebagai Menteri Kesihatan pada waktu itu, beliau bersama Kerajaan Campuran pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tampil dengan pakej rangsangan Covid-19, suntikan vaksin, vaksin untuk kanak-kanak dan booster.


Bagi mereka yang mengagumi kepimpinan KJ sebagai seorang Menteri, pastai merindui “THE TALL, DARK AND HANDSOME MINISTERI”! – SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button