fbpx


Rencah Hidup

Wanita, telefon pintar dan porno

KUALA LUMPUR- Mungkin berita ini agak memalukan tetapi itulah faktanya. Baru-baru ini sebuah laman sesawang lucah luar negara telah mengeluarkan statistik terbaharu tentang pengguna di laman sesawang mereka.

Laman tersebut Pornhub, menyatakan seramai 72% pengguna mereka menggunakan telefon pintar mereka untuk melayari laman sesawang itu manakala 28% pula menggunakan komputer.

Bagaimanapun lebih memeranjatkan adalah daripada 72% pelayar yang menggunakan telefon pintar itu majoriti mereka merupakan golongan wanita!

Berdasarkan statistik bertarikh Februari 2017, 80% trafik yang melayari laman sesawang tersebut adalah wanita berbanding lelaki seramai 69%.

Apa yang mengejutkan adalah wanita dari Malaysia menduduki tempat ke tujuh teramai dalam senarai yang berkunjung ke laman sesawang tersebut iaitu 84% dengan menggunakan telefon pintar.


Wanita dari Afrika Selatan adalah paling ramai dalam melayari laman sesawang tersebut iaitu 91% manakala wanita Amerika Syarikat kedua seramai 89% dan wanita Britain pula ketiga tertinggi iaitu seramai 86%.

Dua negara dari ASEAN yang turut tersenarai antara wanita teramai melayari laman sesawang tersebut adalah dari Indonesia iaitu seramai 80% yang menduduki tempat ke 11 manakala wanita Thailand pula di tempat ke 13 dengan 79%.

Bagi lelaki Malaysia hanya seramai 66% melayari laman sesawang tersebut menggunakan telefon pintar.

Tidak diketahui kenapa wanita lebih ramai dari lelaki tetapi mungkin lelaki lebih gemar menonton di skrin yang lebih besar.

Bagaimanapun berita ini perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan warga Malaysia sendiri.

Jadi selepas ini mungkin lebih ramai antara kita perlu berhati-hati melayari laman sesawang tertentu kerana kita semua sebenarnya sentiasa diperhati dan dipergunakan.

Show More

Related Articles

Back to top button