Rencah Hidup

Geng Taekwondo Terbaring Dibantai Geng Abang Gimnasium!

Beberapa potongan video yang pernah tular beberapa tahun lalu melibatkan sekumpulan pengamal seni bela diri Taekwondo dan pemain gimnasium kembali hangat dikongsikan semula.

Video berkenaan memaparkan kumpulan seni bela diri Taekwondo itu berjalan di sebuah pusat beli-belah dengan seragamnya dan pergaduhan telah tercetus.

Pada peringkat awal, beberapa individu daripada kumpulan seni bela diri Taekwondo itu memulakan serangan dengan tendangan sebagai tanda acahan dan amaran.

Namun susulan tindakan itu, sekumpulan lelaki yang dikatakan mewakili geng abang gimnasium melakukan serangan balas secara bertubi-tubi tanpa bicara yang banyak.

Hasil daripada pertembungan itu, beberapa individu daripada kumpulan seni bela diri Taekwondo dilihat terbaring di atas lantai pusat beli-belah berkenaan.

(Visited 925 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button