Rencah Hidup

Ramai gelisah takda telor:Tetap kera di hutan disusukan…

SUDAH ramai yang bertanya kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu yang dilantik sebagai salah seorang Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mana telor kerana tidak mencukupi di pasaran.

Kalaulah solusi kepada masalah kekurangan bekalan telor untuk kegunaan seluruh rakyat perpaduan di Malaysia ini ialah mengimport supply dari luar negara, itu bukan dipandang sebagai satu cadangan yang bijak dan bernas.

Tidak kiralah cadangan mengimport telor itu untuk jangka masa pendek atau pun berlarutan menjadi jangka masa panjang!

Tak percaya, Pengarah urusan rangkaian pasaraya Mydin, Ameer Ali Mydin sendiri mempersoalkan rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran.

Malahan tegas Ameer, mengimport telor bukan satu jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

LAMA sudah bekas telok kosong. Bila nak isi?

“Tak masuk dek akal untuk mengimport telur memandangkan Malaysia merupakan pengeksport bersih produk telor. Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu memenuhi permintaan rakyat Malaysia,” katanya.

Bercakap panjang lebar kepada FMT Business, Ameer berkata, sekiranya bekalan tidak mencukupi maka kita harus berhenti mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong supaya bekalan telur mencukupi untuk kegunaan rakyat dalam negara sendiri.

“Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana telurnya? Peruncit mengeluh sana sini mengatakan tidak mempunyai bekalan telor yang mencukupi,” katanya lagi.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu (Mat Sabu) bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Ameer berkata, jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, ia perlu menjelaskan kepada rakyat yang juga pengguna sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.

“Kerajaan juga harus menyediakan senarai nama negara-negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara tersebut,” katanya.

Akan tetapi Ameer tetap mengatakan sukar untuk melihat bagaimanakah langkah mengimport telur boleh menyelesaikan masalah.

Sebagai seorang Menteri penuh dengan potfolio yang dipegangnya itu, mungkin Mat Sabu ada pengetahuan tentang jangka hayat telor iaitu telur mempunyai jangka hayat yang singkat, 21 hari dan tidak boleh dibekukan.

KALAU dah tinggal dua biji, kenalah jimat cermat sementara isu telor Menteri selesaikan. – SM

Oleh kerana itu, dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau.

“Tetapi harga telur paling rendah di Malaysia sedozen telur Gred C berharga RM4.92 tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78),” ujar Ameer.

Satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji, kata Ameer.

Ameer juga mendakwa, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis ini iaitu Omega 3 yang berharga 75 sen sebiji dan ini menyebabkan harga produk atau makanan yang menggunakan telor sebagai ingredient, lebih tinggi seperti di kedai-kedai yang menjual roti dan restoran-restoran.

“Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3,” katanya. – SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button