Auto TravelBerita Auto

VS110 taruhan terbaru dari Aveta

Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. (Aveta) secara rasminya memperkenalkan model terbaharu untuk tahun 2021 iaitu Aveta VS110.

Aveta dalam kenyataanya berkata, pengenalan model terbaru ini adalah antara beberapa model yang telah dirancang bagi diperkenalkan sepanjang tahun 2021.

Berikutan itu, bagi suku pertama tahun ini, model VS110 telah dilancarkan dan diikuti beberapa model baharu yang dijangka diperkenalkan menerusi varian atau segmen tertentu yang masih belum dapat diumumkan lagi.

“Apa yang pasti model VS110 adalah model keempat di dalam segmen yang sama di mana sebelum ini kami telah memperkenalkan model seperti DY90, RX110 dan Ranger 110,” kata Aveta dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua model tersebut dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD di kilangnya di Bukit Raja, Klang.


Menurut Aveta, pihaknya mensasarkan untuk menjual antara 5000 buah VS110 sepanjang tahun 2021.

Mengulas lanjut, walaupun sudah setahun lebih beroperasi secara rasmi, penerimaan orang ramai terhadap model-model Aveta kini amat menggalakkan.

Sehingga kini hampir 5,000 buah motosikal dari pelbagai model telah dijual sejak pengenalan model pertama iaitu DY90, RX110 dan Ranger 110 pada Disember lalu.

Aveta berkata, model VS110 dijual dengan harga tunai atas jalan termasuk cukai jalan dan insuran sebanyak RM3,588.

Model ini boleh didapati dalam empat pilihan warna yang menarik seperti Biru Cyan, Biru, Merah dan Hitam. Dikuasakan dengan enjin 110cc (4-lejang, 1- silinder, sejukan udara, karburator), dengan kuasa maksimum sebanyak 6.5hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 6.8Nm @ 6,000rpm.

Aveta VS110 dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Manakala bahan api pula boleh mempunyai kapasiti maksimum empat liter dan berat 83 kilogram.

Keistimewaan VS110 ini walaupun 110cc, motosikal ini mampu menjana lebih kuasa dan mampu memberi kepuasan kepada penunggang.

Ini kerana kuasa enjinnya adalah 113cc jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain 110 cc yang terdapat di pasaran tempatan ketika ini.

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button