Auto TravelBerita Auto

Harga Perodua Axia 2023, Model Terbaharu Dengan Pilihan Warna Mengancam

Harga Perodua Axia 2023 bermula di antara RM38,600 hingga RM49,500 dan model terbaharu keluaran Perodua ini cukup sesuai untuk anda yang mencari kereta pertama.

Harga Perodua Axia 2023

Dari segi pecahan harga mengikut spesifikasi, Axia 2023 terbahagi kepada empat seperti:

  • G – RM38,600
  • X – RM40,000
  • SE – RM44,000
  • AV – RM49,500
Bahagian hadapan Perodua Axia 2023
Bahagian hadapan Perodua Axia 2023

Warna Perodua Axia 2023

Bagi pilihan warna pula, Axia 2023 ditampilkan dengan pilihan seperti:

  • Granite grey (Kelabu)
  • Lava red (Merah)
  • Glittering silver (Perak)
  • Ivory white (Putih, Solid)
  • Coral blue (Biru, warna baharu)

Dokumen Untuk Pembelian

Pemohon yang berminat untuk memiliki Perodua Axia 2023 sebelum Disember tahun ini perlu menyediakan beberapa dokumen wajib seperti:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen memandu
  • Salinan slip gaji (3 bulan terkini)
  • Salinan penyata bank (3 bulan terkini)
  • Transkrip atau kad matrik (bagi pelajar)
Bahagian enjin Perodua Axia 2023
Bahagian enjin Perodua Axia 2023

Sekiranya pendapatan bulanan adalah di bawah RM1,800, pemohon disaran untuk mengemukakan dokumen penjamin yang boleh terdiri daripada ibu atau bapa serta pasangan yang ‘bersih’.

‘Bersih’ di sini membawa maksud, penjamin haruslah bebas daripada rekod-rekod buruk seperti:

  • CTOS
  • CCRIS
  • AKPK
  • Tunggakan PTPTN
  • Atau lain-lain perkara
Rupa terkini Perodua Axia 2023
Rupa terkini Perodua Axia 2023

Hal ini demikian kerana permasalahan ini akan memberikan impak yang cukup rendah  atau buruk kepada pemohon sekali gus boleh menjadi punca permohonan pinjaman untuk kereta ditolak.

Sekiranya ingin dapatkan maklumat lanjut tentang Perodua Axia 2023 atau mana-mana model yang dihajati, boleh berhubung dengan wakil jurujual menerusi Whatsapp 011-17117086.

(Visited 6,218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button