Auto TravelBerita Auto

Renault Koleos 2021 kini di Malaysia

Model Renault Koleos yang baru telah diberi suntikan yang lebih menyerlah dari aspek luaran dan dalaman.

Penggunaan Kulit Nappa berwarna kelabu di bahagian dalaman beserta dengan kerusi “massage” dan memori untuk pemandu dan penumpang hadapan. Juga dilengkapi dengan penyandar kepala yang lebar untuk model “Signature” dan “Signature Plus”

Di bahagian luaran, penampilan Koleos diperkuatkan lagi dengan lampu denpan dan belakang LED “Purevision” yang menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan Koleos model baru ini.

TC Euro Cars (TCEC) baru-baru ini telah melancarkan model SUV premiumnya, Renault Koleos dengan 3 varian yang menarik iaitu Koleos, Koleos Singnature dan Koleos Signature Plus. SUV yang cukup luas ini juga telah diberi suntikan yang menarik dari segi luaran dan dalaman serta datang dengan beberapa pakej pembelian yang pasti menarik perhatian penggemar SUV.


Dengan rekabentuk yang robus dan terkini serta menyediakan keselesaan dan prestasi yang optimum, Renault telah berjaya membariskan model Koleos ini dalam rangkaian segmen SUV besaiz besar sebaris dengan model-model SUV keluaran lain.

Renault Koleos ini dilengkapi dengan enjin 2.5 liter yang berupaya menjana 171 PS dan tork maksimum 226Nm dan dipacu oleh system gear otomatik  CVT, X-Tronic yang menghasilkan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan pemanduan kenderaan ini.

Berikut adalah senarai harga Renault Koleos berkuatkuasa sehingga 30hb Jun 2021

Pelanggan juga ditawarkan skim pemilikan kepada pelanggan yang tidak mahu komitmen jangka Panjang iaitu melalui skim pemilikan “Renault Subscription Plan” seperti berikut.

Untuk keterangan lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi www.renault.com.my atau 1800-18-8663 (Isnin – Ahad, 8am – 8pm).

 

Kredit : EnjinDot.Com

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button