Ekonomi

Pertandingan 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia)

UOB menjemput para pelukis menjangkau batasan imaginasi dan kebolehan mereka

UOB Malaysia menjemput para pelukis menjangkau imaginasi dan kebolehan mereka untuk menyertai pertandingan 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia) yang baru dilancarkan. Pertandingan seni tahunan ini yang merupakan salah satu pertandingan paling berprestij di Asia Tenggara dan pihak UOB Malaysia berbesar hati menjemput para pelukis untuk menghasilkan karya seni yang mempamerkan kreativiti dan kepakaran mereka dengan menyertai pertandingan ini.

 

Pertandingan 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia) adalah sebahagian daripada program seni UOB yang utama bertujuan untuk mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 pertandingan tahunan UOB Painting of the Year.

 

Encik Wong Kim Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Seni menghubungkan semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Ia memperluas pandangan dan memperkaya jiwa kita selain berupaya menyampaikan pelbagai kisah, termasuk yang berkenaan dengan keteguhan, ketabahan dan mengatasi kesukaran. Pada masa yang mencabar ini di mana kita perlu mengamalkan penjarakan sosial, ramai yang beralih ke seni sebagai cara untuk mengekspresikan diri dan juga berhubung antara satu sama lain. Kami berharap bahawa melalui seni, kami dapat membantu menyatukan masyarakat dan mendekatkan hubungan sesama kita.


 

“Sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, kami bukan sahaja membantu perniagaan menjana pertumbuhan secara bertanggungjawab. Malah, kami juga membantu mengenal pasti dan memupuk ramai pelukis mengambil langkah pertama dalam membangunkan kerjaya seni mereka dengan memberikan peluang kepada mereka mempamerkan hasil karya kepada masyarakat yang lebih luas. Dalam meraikan ulang tahun ke-40 pertandingan serantau ini, kami akan terus mendorong generasi pelukis baru muncul dan berpengalaman untuk menjangkau batasan imaginasi dan kreativiti melalui hasil seni mereka,” kata Wong.

Nota: Bermula pada 1982, pertandingan seni UOB Painting of the Year tahunan ini merupakan pertandingan seni paling lama di Singapura dan antara yang paling berprestij di Asia Tenggara. Pertandingan ini dilancarkan di Malaysia pada 2011.

(Visited 121 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button