Ekonomi

Kumpulan Sireh Emas perkenal sistem platform niaga bersama influencer

KUMPULAN Sireh Emas bermula sebagai satu syarikat pengilangan produk penjagaan diri menggunakan formulasi berasaskan herba pada tahun 2002 dan kini berkembang dengan mempunyai 9 anak syarikat yang merangkumi pelbagai industri. Dari pengilangan produk penjagaan diri dan kosmetik, pengilangan makanan sehinggalah kepada pengilangan produk farmasutikal dan supplemen.

Selain itu, Kumpulan Sireh Emas juga mempunyai syarikat IT dan logistik bagi menyokong aktiviti pengedaran dan pemasaran. Dengan lengkapnya ekosistem perniagaan yang ditawarkan, maka pada tahun ini Kumpulan Sireh Emas melancarkan SIREHEMAS2U, iaitu satu platform pemasaran semua produk keluarannya, sama ada di bawah jenama mereka sendiri atau syarikat syarikat lain.

“Visi kami adalah mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi bersatus halal serta perkhidmatan secara professional untuk pasaran dalam dan luar negara dan menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi bumiputera di Malaysia.” kata Tuan Haji Azrui Nizam, Pengerusi Kumpulan Sireh Emas dalam Majlis Pelancaran SIREHEMAS2U yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut beliau, platform SIREHEMAS2U adalah satu konsep perniagaan dimana pelanggan produk keluaran Kumpulan Sireh Emas berpeluang untuk membina pendapatan aktif dan pasif apabila mereka mula membuat belian ulangan dan mengesyorkan produk tersebut kepada ahli keluarga, kenalan mahupun orang ramai.

“Ini adalah konsep penting yang menjadi kunci kejayaan anda dalam membina dan mengekalkan pendapatan pasif apabila kumpulan pelanggan yang setia menjadi semakin besar.” katanya lagi.

Tuan Haji Azrui Nizam, Pengerusi Kumpulan Sireh Emas

Untuk mendaftar sebagai ahli SIREHEMAS2U, anda yang berminat hanya perlu membuat pembelian awal serendah RM100 melalui platform tersebut dan secara automatik anda akan berdaftar sebagai ahli. Antara kelebihan yang ditawarkan jika anda mendaftar sebagai ahli adalah penjimatan harga 25-30% untuk semua produk, menikmati pelbagai jenis ganjaran atau bonus sebagai ahli. Malah dengan menjadi ahli anda juga berpeluang menyertai latihan keusahawanan secara percuma merangkumi pengetahuan tentang produk, pemasaran digital, teknik jualan serta pengurusan kewangan dan perniagaan.

Tujuan platform dan sistem SIREHEMAS2U ini dibangunkan adalah antaranya untuk menghargai kesetiaan pelanggan dan seterusnya membuka peluang niaga kepada setiap pengguna.

“Kami percaya hari ini ramai orang yang berimpian ingin berniaga tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula, atau mungkin tidak mempunyai modal dan ilmu perniagaan yang betul. Oleh itu melalui sistem ini, mulalah ceburi perniagaan dengan produk yang betul, sistem yang betul dan ilmu niaga yang betul.”

“Beberapa influencer serta selebriti telah bergabung di bawah platform ini bagi memasarkan produk masing masing. Antaranya adalah Dato Hj Fadzilah Kamsah melalui produk minuman coklat untuk kanak kanak, ExcelGrow dan krim untuk kulit kering ExcelCare Skin Theraphy. Pelakon Amar Asyraf akan memperkenalkan produk vitamin C Ellojoy C-Guard. Manakala pelakon Shah Iskandar akan memperkenalkan Ellojoy GingerMax, produk kesihatan untuk lelaki. Platform ini juga julung kali menampilkan produk vitamin kucing Zuzoovit oleh Zulin Aziz.” kata Azrui lagi.

Pengurusan tertinggi Kumpulan Sireh Emas bersama rakan niaga platform SIREHEMAS2U

Kumpulan Sireh Emas juga mengalu-alukan untuk pemilik jenama lain bagi mengeluarkan produk secara OEM di kilang kilang kumpulan Sireh Emas dan seterusnya menyenaraikan produk mereka dalam platform ini yang mempunyai ribuan pelanggan sedia ada.

Dengan pendekatan bekerjasama dengan influencer atau rakan produk dilihat akan memberi kelebihan yang akan membantu SIREHEMAS2U menembusi pasaran yang mencabar pada masa sekarang.

Kumpulan Sireh Emas percaya dengan pengiklanan digital yang berterusan dan siri jelajah usahawan yang akan membawa program SIREHEMAS2U ke seluruh negara juga akan dapat menarik lebih ramai individu untuk menyertai program SIREHEMAS2U pada tahun ini. Untuk menyertai platform ini orang ramai boleh layari www.sirehemas2u.com – SM

(Visited 749 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button