Nasional

UPSI raih 9 anugerah emas, 2 perak, 5 gangsa PECIPTA 2022

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya meraih sembilan anugerah Emas, dua Perak serta lima Gangsa sempena Persidangan dan Ekspo Antarabangsa Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2022 di Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, baru-baru ini.

Naib Canselor UPSI, Prof Dr Md Amin Md Taff berkata universiti menggalakkan penyelidiknya menjayakan pelbagai inovasi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Menerusi penyelidikan, katanya, penyelidik UPSI dapat membantu menyelesaikan masalah masyarakat seperti penampilan pedagogi yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara penyelidik UPSI yang menang sempena PECIPTA 2022 di Universiti Malaysia Kelantan.

“Justeru, PECIPTA 2022 menjadi platform kepada penyelidik untuk meningkatkan aktiviti hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing, di samping mengalakkan jaringan dan kerjasama strategik antara IPT dengan pihak industri.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Suriani Abu Bakar berkata sembilan anugerah emas itu diperolehi melalui produk Centas Plus:Natural Fruits & Veggie Sanitizer and Preservatives, Running Rangers Game, A-SMART LU’BAH, Aplikasi Pembelajaran Media Augmented Reality (AR) Jahit Pintar, Pendekatan Intergrasi Lima Domain Dalam Program Kemahiran Belajar Prodigy, Model PiTAH Kaedah Haraki: Pembelajaran Al-Quran melalui Aktiviti Total Physical Response, Wayang EDU, Augmented Reality (AR) Poclket Notes in Solid Geometry for Form 2 Students dan MechaRoboKids.

Prof Dr Suriani Abu Bakar.

Selain itu, UPSI turut merangkul dua pingat perak menerusi projek Smart Visual Learning For 3D Geometry Kits (SVL3DGeo-Kits) dan Self-Sterilizing Ceramic Filter Candle from Biogenic Hydroxyapatite. Pingat gangsa pula menerusi EasySeni_Interactive Hybric Module, PLMISYS V1.0, FIODEL, Internship Counselling Management System dan Smart Aqua Farming.


Beliau berharap produk-produk penyelidikan yang berasaskan pendidikan dan bukan pendidikan itu dapat dikomersialkan sekiranya ada pihak industri swasta atau agensi kerajaan berminat berkolaborasi dengan UPSI.

“UPSI bersaing bersama lebih 400 produk penyelidikan dan inovasi dari IPT awam, swasta, industri, sekolah, agensi kerajaan dan swasta dipamerkan secara bersemuka dan maya yang berlangsung selama tiga hari,” katanya.

Bagi pemenang pingat emas, Ts. Dr. Suzita Ramli, beliau dan ahli kumpulan bersyukur dengan kejayaan serta berterima kasih kepada RMIC membantu penyelidik sama ada langsung atau tidak langsung.

“Kami akan terus menggerakkan usaha untuk mengkomersialkan produk ini yang mempunyai potensi untuk manfaat komuniti secara meluas seperti penjual makanan serta industri makanan kerana telah menerima permintaan dari pengujung yang datang ke bilik pameran mereka,” katanya.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button