Nasionalpilihan

UPSI bantu MDPT teroka lokasi penyelidikan dan rekreasi di Perak Tengah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merancang untuk membantu Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) meneroka lokasi-lokasi menarik di kawasan sungai daerah Perak Tengah sebagai pusat penyelidikan dan aktiviti rekreasi.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pihaknya sedang mengkaji prosedur yang berkesan sambil meneliti lokasi-lokasi bersesuaian yang dilihat berpotensi untuk  dijadikan pusat pembangunan penyelidikan alam sekitar selain memperkasa aktiviti rekreasi sukan air dengan melibatkan sektor pembangunan ekonomi setempat melestarikan pelancongan di negeri itu.

“Sebagai pusat pengajian peneraju pendidikan nasional, UPSI amat optimis menyalurkan khidmat kepakaran sedia ada di fakulti-fakulti untuk diserapkan kepada masyarakat melalui pelaksanaan pembangunan penduduk setempat sebagai salah satu fungsi memasyarakatkan universiti di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja bersama MDPT di Hotel Impiana, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, laluan sempadan sungai daerah Perak tengah yang meliputi kepanjangan hampir 200 kilometer ini mempunyai lebih 170 jenis spesis marin masih menjadi sumber makanan dan ekonomi penduduk di persisiran sungai selain pernah menjadi laluan perantara utama semasa sejarah ketamadunan Tanah Melayu suatu ketika dahulu.


“Terdapat tiga inisiatif pelaksanaan yang kita usulkan merangkumi pelan pembangunan pesisiran sungai,  pelaksanaan pengurusan acara dan pengurusan aset untuk perkembangan sektor pelancongan dan ekonomi.

“Antara lokasi yang menjadi perhatian ialah di pesisir Pulau Semarak sekitar litar Dato’ Sagor, Dataran Nordin berhampiran Cempaka Sari dan Pulau Misa Melayu melibatkan tiga kawasan iaitu Tanjung Belanja, Bota dan Kampung Gajah,” katanya.

Ujarnya, Sungai Perak merupakan nadi kepada identiti rakyat Perak yang kaya dengan hasil budaya, ketamadunan dan sejarah.

Tambahnya, menjadi kewajaran bagi pihak pengajian seperti UPSI sendiri turun padang berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan seperti MDPT melalui pendekatan yang bersesuaian. -SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button