Nasional

4,752 kawasan di Malaysia beum diliputi PADU, berisiko keciciran

PEMBANGUNAN Pangkalan Data Utama (PADU), yang telah dilancarkan pada 2 Januari 2024 adalah antara komitmen Kerajaan untuk membangunkan dan mewujudkan satu pangkalan data yang akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua agensi Kerajaan dalam membuat keputusan berpandukan data yang tepat, di samping menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

PADU juga akan dapat membantu kerajaan untuk mengukuhkan kemampanan fiskal negara serta memberi ruang untuk melaksanakan reformasi fiskal bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan.

“Sebanyak 5.43 Juta individu telah mengemaskini data PADU sehingga pukul 11:59 malam, 17 Mac 2024.

‘Walaubagaimanapun, sebanyak 4,752 kawasan telah dikenalpasti di seluruh Malaysia, di mana penduduk kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang pendaftaran di bawah PADU mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.

“‘Lokaliti’ merujuk kepada nama yang diberi kepada sesuatu tempat yang merupakan tempat tinggal sekumpulan orang tempatan yang mempunyai talian sosial yang jelas seperti kampung atau taman perumahan.

“Dalam konteks pelaksanaan PADU, pengemaskinian oleh rakyat atau rekod pentadbiran individu divisualisasi sehingga di peringkat lokaliti. Di antara contoh kawasan adalah seperti lokaliti PPR/Perumahan Awam, Kondominium, Pangsapuri, Rumah Kos Rendah, Kuarters, Rumah Kedai, Rumah Air/Panjang dan Rumah  sesebuah.

“Penelitian pengemaskinian PADU di peringkat lokaliti ini akan menjadi input untuk memastikan semua kawasan diliputi, mempunyai perwakilan dan tidak berlaku keciciran.

“Penduduk-penduduk di kawasan-kawasan ini, walaupun dikenalpasti dari kalangan B40 dan B60, tidak mempunyai data dalam apa-apa pangkalan data bantuan kerajaan sebelum ini. Penduduk di lokaliti ini berisiko tercicir daripada menerima ataupun dilibatkan dalam apa-apa program atau bantuan kerajaan yang akan datang,” kata Menteru Ekonomi, Rafizi Ramli.

Kaanya, tumpuan Kementerian dan juga pasukan PADU dalam tempoh 2 minggu ini, sehingga hari terakhir adalah untuk mempertingkatkan pendaftaran individu dan isi rumah, terutamanya meliputi kawasan yang dikenal pasti berisiko terbesar pengecualian.

Menurut beliau, satu sesi Townhall akan diadakan pada 23 Mac 2024 (Sabtu) di Pusat Konvensyen MBSA bertujuan untuk memberi penerangan mengenai manfaat Pangkalan Data Utama (PADU) serta mendapatkan kerjasama pihak berkaitan untuk membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat, terutamanya di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan sebelum 31 Mac 2024.

Sesi itu katanya, akan dihadiri oleh, antaranya Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, Pegawai Daerah, Datuk Bandar serta YDP, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi setiap pihak berkuasa tempatan dan wakil Badan
Pengurusan Bersama (JMB).

“Pada masa yang sama, kaunter pendaftaran PADU akan dibuka sepanjang sesi townhall bagi membantu orang awam untuk mendaftar dan mengemaskini PADU.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta semua kerajaan negeri mengambil langkah yang sama, mengumpulkan wakil-wakil penduduk dari kawasan-kawasan berisiko tinggi keciciran, untuk menggalakkan pendaftaran PADU penduduk kawasan tersebut.

“Mulai 31 Mac dan seterusnya, data yang sedia ada dan telah dikemaskini dalam PADU akan digunakan sebagai panduan untuk merangka dasar serta akan digunakan untuk menentukan kelayakan individu untuk program kerajaan, bantuan dan subsidi.

“Jika anda tidak mendaftar dan mengemaskini data di dalam PADU, kerajaan akan menggunakan data yang didapati dari jabatan-jabatan kerajaan sedia ada yang berisiko tidak tepat atau tidak terkini,” kayanya.

Daftar dan kemaskini data anda di PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan. Anda mungkin tidak mendapat bantuan kerajaan sebelum ini, kini walau peluang itu telah dibuka, oleh kerana data anda tidak dikemaskini, anda mungkin terus tercicir. – SM

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button