Bola SepakSukan

United diundi dalam kumpulan maut

MANCHESTER United berdepan tugas sukar dalam saingan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan selepas diundi bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan RB Leipzig. Diletakkan dalam balang dua, Red Devils diundi dalam Kumpulan H bersama finalis Liga Juara-Juara, musim lalu.

Kedudukan kelab itu dalam Kumpulan H ternyata membuat ramai yang terkejut kerana mereka merupakan pasukan kedua terakhir dalam balang dua, tetapi gagal berada Kumpulan C di samping Porto.

Sebaliknya, seteru sebandar, Manchester City diberi tugas yang lebih dicemburui apabila The Citizen menuju ke Portugal berbanding Paris dan United harus menyalahkan musuh lama mereka, Liverpool.
Ini kerana kelab Anfield itu terlebih dahulu telah diundi dalam Kumpulan D, di mana mereka bakal menentang Ajax.

Liverpool serta United digandingkan untuk tujuan siaran televisyen dan kedua-dua kelab berkenaan tidak boleh diundi dalam kumpulan sama kerana ia hanya akan menyebabkan mereka berkongsi malam perlawanan dan bakal berlaku pertembungan untuk aksi peringkat kumpulan.

Di atas faktor tersebut, Kumpulan A hingga D tidak boleh menempatkan United, memandangkan Liverpool terlebih dahulu telah diundi dalam Kumpulan D dan kesudahannya skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu berdepan mimpi ngeri apabila ditempatkan dalam kumpulan maut.

Selepas diundi bersama PSG, kelab Jerman, RB Leipzig yang mara sehingga ke suku akhir, musim lepas, diletakkan dalam balang tiga untuk turut menyertai United.

Nasib berbeza menimpa Manchester City, apabila mereka diundi bersama Olympiacos serta Porto dalam Kumpulan C yang sekali gus menutup ruang buat United untuk berada kumpulan sama.

Undian di peringkat terakhir itu juga menyaksikan pendatang baharu, Istanbul Basaksehir menyertai Red Devils, manakala Marseille diletakkan dalam kumpulan sama dengan City.

Liverpool yang menjadi punca kepada United berada dalam kumpulan maut, akan berdepan Ajax, Atalanta dan FC Midtjylland dalam usaha Reds mendapatkan kembali mahkota kejuaraan yang pernah dimenangi mereka pada musim 2018/19. – Mirror UK – SM

Keputusan undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara

Kumpulan A: Bayern Munich, Atletico Madrid, FC Salzburg, Lokomotiv Moscow

Kumpulan B: Real Madrid, Shakhtar Donetsk, Inter Milan, Borussia Monchengladbach

Kumpulan C: Porto, Man City, Oympiacos, Marseille

Kumpulan D: Liverpool, Ajax, Atalanta, FC Midtjylland

Kumpulan E: Sevilla, Chelsea, Krasnodar, Stade Rennais

Kumpulan F: Zenit, Borussia Dortmund, Lazio, Club Brugge

Kumpulan G:Juventus, Barcelona, Dynamo Kiev, Ferencvarosi

Kumpulan H: PSG, Man Utd, RB Leipzig, Istanbul Basaksehir.

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button