Nasional

Mana nak lari Rayhan Kabir?

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md. Rayhan Kabir, 25 tahun.

Imigresen dalam kenyataannya berkata, alamat terakhir lelaki itu ialah di Sirhan Legacy Sdn. Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No. 85, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

“Dia dikehendaki bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Rayhan diburu bukan sahaja Imigresen, malah netizen juga kerana mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej negara dalam soal pengawalan pendatang asing tanpa izin (PATI).

BACA> Masih adakah sinar kehidupan Khalis Jamlus – bekas bintang bolasepak Perak

Lelaki itu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu temubual bersama sebuah agensi berita antarabangsa yang turut mendapat kecaman kerana laporan yang berat sebelah.

Netizen turut menyelongkar di mana Rayhan bekerja sebelum menyerang satu akaun Facebok yang bernama Malik Streams Production & Distribution Sdn. Bhd.

Malik dikatakan bekerja di situ Ketua Pemasaran namun syarikat terbabit telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan hal tersebut.

Syarikat tersebut dalam kenyataannya berkata, Rayhan pernah memberikan perkhidmatannya sebagai kontraktor tetapi tidak pernah menjadi pekerja di syarikat mereka.

“Kami terkejut dengan kenyataan Rayhan menerusi Facebook yang mendakwa beliau adalah ketua pemasaran di syarikat ini.

BACA> Najib dakwa Al Jazeera ikut naratif NGO pro PH

“Pihak syarikat secara mutlak sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Rayhan terhadap negara tersayang Malaysia,” katanya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil wartawan AL Jazeera berhubung dokumentari yang melaporkan dakwaan palsu serta memburukkan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan kertas siasatan telah dibuka berkaitan laporan dokumentari yang telah mengemparkan negara berikutan mempunyai niat untuk memburukkan imej Malaysia.

Jelas Abdul Hamid, polis telah menerima beberapa laporan polis mengenai dokumentari tersebut dan PDRM membuka kertas siasatan berdasarkan laporan yang mereka terima. -SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button