Bola SepakSukan

Mbappe tenggelamkan Neymar

PSG tempah slot ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas tundukkan Atalanta

KYLIAN MBAPPE menenggelamkan Neymar selepas pemain itu dibawa masuk dari bangku simpanan apabila dia menjadi sumber inspirasi Paris Saint-Germain (PSG) untuk melakukan kebangkitan dramatik menentang Atalanta bagi menempah slot ke separuh akhir Liga Juara-Juara, tegas Glenn Hoddle.

Pada awalnya, PSG kelihatan hampir pasti bakal dikecewakan sekali lagi dalam pertandingan elit Eropah itu dengan Atalanta mendahului dalam pertemuan itu sehinggalah pada penghujung aksi sebelum Marquinhos dan Eric Maxim Choupo-Moting menjaringkan gol dalam masa kecederaan.

Kesemua mata terarah kepada Neymar pada awal permainan, tetapi Hoddle percaya kemenangan PSG bergantung sepenuhnya kepada super sub Mbappe, meski pun bintang muda Perancis itu belum cukup cergas tetapi memadai tempoh 30 minit terakhir diberikan kepadanya.

Pemain berusia 21 tahun itu masih belum cergas sepenuhnya selepas dia baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali dan Hoddle menghamburkan pujian terhadap impak yang diberikan Mbappe kepada pasukannya selepas tamat perlawanan.

“Mbappe merupakan pemain yang mengubah rentak permainan, Neymar memerlukan dia. Neymar kelihatan kurang menyengat, dia kerap kehilangan bola, tiada sesiapa mampu melakukan gerakan (sebelum Mbappe di bawa masuk). Mbappe sangat tajam,” kata Hoddle.

Rakan setugas Hoddle selaku pengulas untuk BT Sport, Rio Ferdinand turut sependapat berhubung pemain yang sewajarnya diberikan pujian.

“Ini yang saya suka tentang Mbappe, keputusan yang dibuatnya, kemahiran dimiliki telah membantu dia melakukan satu keputusan yang tepat,” ujar Ferdinand.

Atalanta mendahului aksi itu menerusi jaringan Mario Pasalic pada minit ke-27, tetapi kemasukan Mbappe pada minit ke-60 telah mengubah corak permainan, apabila dua gol lewat permainan ternyata meremukkan hati kelab Serie A itu, yang kali pertama beraksi dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Neymar menjadi perancang kepada gol penyamaan Marquinhos dan persembahan bintang Brazil itu sebenarnya tidaklah mengecewakan, tetapi dia mempersiakan peluang yang terbuka di depan pintu gol dan Ferdinand serta Hoddle berpendapat, Mbappe berjaya mencuri tumpuan, apabila anak muda itu memainkan peranan penting bagi gol kemenangan PSG.

“Sebelum perlawanan kita ada menyatakan bahawa Neymar perlu menjadikan pertemuan ini sebagai satu aksi penting dan dia berjaya berbuat demikian, tetapi tindakan penyudah dan keputusan yang dibuatnya tidak menjadi,” jelas Ferdinand.

Hoddle turut bersetuju dengan padangan yang dilontarkan Ferdinand itu.

“Bagi saya Mbappe adalah pemain yang memberi impak kepada perlawanan ini, bukannya Neymar,” kata Hoddle.

Meskipun Neymar gagal mempamerkan aksi terbaiknya, Ferdinand masih beranggapan ini adalah peluang terbaik PSG untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara.

“Anda berpeluang untuk menewaskan sesiapa sahaja apabila anda memiliki Neymar dan Mbappe. Mereka merupakan dua pemain terbaik di planet ini,” tambahnya. – SM

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button