fbpx
Ekonomi

UMW Toyota Motor mula ambil tempahan bagi RAV4 serba baharu

UMW Toyota Motor akan mula mengambil tempahan bagi model yang dinobat sebagai pemenang Japan Car of the Year 2019, Toyota RAV4 bermula hari ini.

UMW Toyota Motor berkata generasi kelima RAV4 ini dibangun menggunakan Dynamic Force Engine serta platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang memberikan tahap prestasi dan kuasa dipertingkat serta pengalaman pemanduan yang lebih baik untuk memenuhi jangkaan dan keperluan pelanggan hari ini.

“Terdapat dua varian ditawarkan — 2.5L dan 2.0L dengan harga atas jalan masing-masing pada RM223,880 dan RM203,880, sebelum harga baharu dengan pengecualian cukai jualan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

UMW Toyota Motor berkata, senarai harga yang dikemas kini akan diumumkan tidak lama lagi untuk mengambil kira pengecualian cukai jualan dan masing-masing yang dijangka dijual pada harga RM215,700 dan RM196,500.

Toyota RAV4 dengan rekaan baru sepenuhnya kini menawarkan pemanduan yang selamat dan selesa, dengan kuasa dan ketelitian kenderaan utiliti sukan (SUV) premium serta dilindungi jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button