Ekonomi

Allianz Malaysia di landasan yang tepat bagi mengakhiri tahun ini

KUMPULAN Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah mengumumkan keputusan kewangan untuk suku ketiga (Q3) bagi tahun kewangan 2023.

Kumpulan telah merekodkan RM1.31 bilion dalam pendapatan insurans untuk suku ketiga (Q3), yang menyumbang kepada RM3.63 bilion jumlah perniagaan keseluruhan hingga kini.

Kumpulan telah merekodkan pertumbuhan pendapatan insurans hingga kini pada 11.3% atau RM367.7 juta meningkat berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Allianz Malaysia juga telah mencatatkan peningkatan Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak 8.3% pada tahun lalu berjumlah RM4.95 bilion, manakala Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat 22.0% kepada
RM537.2 juta hingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, “Kami berada di landasan yang tepat dan keputusan suku ini menunjukkan prestasi yang bagus daripada semua aspek dalam perniagaan kami.

“Fokus kami adalah kecekapan operasi, perkhidmatan insurans yang lebih baik dan kebolehcapaian produk kami telah memenuhi keperluan pelanggan. Inovasi produk kami juga memastikan Allianz terus menawarkan perkhidmatan dan produk yang memenuhi keperluan pelanggan yang sering berubah.”

Allianz General melaporkan RM706.9 juta pendapatan insurans untuk suku ketiga (Q3), Nisbah Gabungan meningkat sebanyak 0.6% kepada 85.7% Anak syarikat insurans am Allianz Malaysia; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah mencatatkan pendapatan insurans RM706.9 juta pada suku ketiga (Q3), peningkatan 8.3% atau RM54.4 juta berbanding suku tahun sebelumnya akibat peningkatan Hasil
Premium Keseluruhan daripada perniagaan motor.

Setakat ini, segmen insurans am mencatatkan pendapatan insurans RM2.03 bilion atau peningkatan 7.7% berjumlah RM145.5 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. GWP juga meningkat 11.4% kepada RM2.25 bilion hingga kini.

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) untuk suku ketiga (Q3) meningkat 20.6% berbanding suku yang sama pada tahun lepas kepada RM141.2 juta disebabkan oleh perkhidmatan insurans bersih yang lebih tinggi dan perbelanjaan operasi lain-lain yang lebih rendah untuk suku tersebut. PAT meningkat 34.6% hingga kini kepada RM306.8 juta, manakala Nisbah Gabungan meningkat 0.6 peratus kepada 85.7%.

Perkhidmatan insurans hujung-ke-hujung diterima baik oleh pelanggan “Pertumbuhan kukuh Allianz General hingga kini didorong oleh segmen perniagaan motor yang kukuh.

“Perkhidmatan bantuan tepi jalan komprehensif kami menggunakan pendekatan menyeluruh A-Z, dari saat anda menghubungi Allianz Road Rangers sehingga penghantaran kenderaan yang sudah diperbaiki ke rumah anda.

“Saya percaya falsafah kami untuk memudahkan urusan pelanggan adalah dihargai oleh pelanggan kami yang mengiktiraf nilai perkhidmatan yang terbaik. Ini juga telah menyumbang kepada peningkatan bahagian pasaran sebagai penanggung insurans am yang terbaik.” Kata Sean, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

“Kami juga memastikan produk kami boleh digunakan oleh semua segmen masyarakat. Tahun ini kami telah melancarkan lima buah produk Insurans Rahmah, termasuk penyelesaian insurans yang mampu milik untuk motosikal dan kereta. Produk-produk tersebut juga didatangkan dengan manfaat banjir secara percuma yang akan membantu dalam menguruskan kesan banjir yang kita jangka menjelang akhir tahun. Pasukan kami juga sudah bersiap sedia di seluruh negara untuk membantu di lapangan dengan tuntutan dan tundaan pada tempoh yang sukar ini.” sambungnya.

Saluran Agensi Allianz Life mencatatkan kadar pertumbuhan ANP pada 18.5%; dengan bahagian pasaran meningkat kepada 12.1% Anak syarikat insurans hayat,

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah mencatatkan pendapatan insurans suku ketiga (Q3) sebanyak RM599.1 juta, peningkatan 28.6% atau RM133.1 juta berbanding dengan suku tahun sebelumnya. Hingga kini, penjualan insurans meningkat 16.2% atau RM222.2 juta kepada RM1.60 bilion.

Pertumbuhan penjualan insurans adalah disebabkan oleh prestasi yang baik daripada perlindungan berkaitan Pelaburan dan perniagaan Manfaat Kakitangan. Allianz Life juga merekodkan Premium Bertulis Kasar (GWP)
berjumlah RM2.70 bilion, peningkatan sebanyak 5.8% berbanding tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong berkata, “Jumlah Premium Baharu Tahunan (ANP) Allianz Life telah menunjukkan pertumbuhan 18.5% yang telah menyumbang kepada bahagian pasaran 10.3%.

“Pada bulan Ogos, saluran agensi Allianz Life telah mencatatkan rekod baharu apabila ia mencapai jualan lebih daripada RM100 juta. Prestasi kami yang memberangsangkan untuk suku ketiga ini disebabkan oleh pertumbuhan kukuh daripada saluran Agensi dan Bankasurans.

“Bahagian pasaran Agensi kami meningkat daripada 1.2% kepada 12.1% bahagian pasaran manakala Bankasurans kini berada pada tangga kelima dalam bahagian pasaran.

“Ini adalah bukti usaha berterusan kami dalam pengambilan ejen, seperti Program C.E.O., yang telah menyediakan ejen dengan akses kepada kemudahan terbaik dalam usaha menjadi agensi terbaik dalam negara. Allianz Life terus mengekalkan kebolehuntungan yang kukuh pada suku ketiga (Q3) dan kami berada di landasan yang tepat untuk mencapai target yang telah kami tetapkan.” kata Charles. – SM

Artikel berkaitan > Pendapatan Insurans Allianz Malaysia meningkat kepada RM2.33 bilion

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button