Ekonomi

Pelan PruBSN Anggun dilancarkan

Pelan perlindungan komprehensif eksklusif bagi wanita

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali takaful nombor satu di Malaysia telah melancarkan PruBSN Anggun, satu pelan perlindungan yang dirangka khusus untuk para wanita.

Pelancaran pelan PruBSN Anggun ini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-15 PruBSN di mana pelan ini disasarkan khusus untuk memenuhi keperluan para wanita pada peringkat hidup yang berbeza. Pelan ini tampil dengan ciri pertama di pasaran melalui manfaat tambahan atau rider Mom Care yang menawarkan perlindungan rawatan kesuburan. PruBSN Anggun adalah pelan perlindungan menyeluruh, yang menawarkan pelbagai manfaat menarik termasuk perlindungan terhadap penyakit khusus wanita, penjagaan kesihatan mental

yang komprehensif, kesihatan dan kesejahteraan wanita, serta ganjaran tunai untuk meraikan pencapaian dan kejayaan dalam kehidupan mereka.

Berucap di majlis pelancaran tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata bahawa adalah amat jelas wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dari aspek ekonomi dan sosial. Namun, wanita sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran pada setiap peringkat kehidupan mereka dalam memastikan kesejahteraan keluarga serta kesihatan diri mereka sentiasa terjaga.

“Sebagai pengendali takaful nombor satu rakyat Malaysia, PruBSN sentiasa berinovasi dalam memberikan penyelesaian terbaik. Melihat keperluan para wanita pada masa kini dan keperluan untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif, kami berbesar hati untuk memperkenalkan PruBSN Anggun,” kata Encik Wan Saifulrizal.

Dari kiri, En. Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN diiringi oleh En. Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN

“Pelan patuh Syariah ini memberikan tumpuan eksklusif terhadap keperluan perlindungan wanita, seterusnya membantu mereka memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan. Pelan ini melindungi wanita dan menyokong mereka pada setiap pencapaian penting dalam kehidupan – sama ada bagi wanita yang baru memulakan kerjaya, mahupun apabila mereka sudah bersedia untuk berkeluarga, PruBSN sentiasa memastikan mereka dilindungi sepanjang perjalanan mengejar impian mereka,” tambah beliau.

Di bawah Manfaat Peringkat Hidup, pelan ini menyokong dan meraikan pencapaian wanita seperti pembelian hartanah, menunaikan ibadah Haji dan Umrah, dianugerahkan Ijazah Sarjana atau Kedoktoran, melahirkan anak atau mengambil anak angkat, persaraan, mahupun ketika pasangan meninggal dunia.

Kesejahteraan wanita adalah amat penting kerana mereka memainkan banyak peranan pada satu-satu masa dan kadangkala hal ini memberikan kesan kepada kesihatan mental mereka. Adalah amat penting untuk membantu mereka menangani isu kesihatan mental, serta memberikan mereka keyakinan untuk mendapatkan bantuan.  PruBSN Anggun memahami kepentingan kesejahteraan mental dan Manfaat Penjagaan Mental menyediakan  manfaat bayaran balik sehingga 10% daripada jumlah asas perlindungan atau RM5,000, mana-mana yang lebih  rendah, bagi rawatan pesakit luar di klinik psikiatri. Manfaat ini melindungi masalah gangguan depresi utama, kemurungan selepas bersalin serta masalah kegelisahan atau anxiety disorder, dan lain-lain.

PruBSN Anggun merupakan pelan pertama dalam pasaran yang menampilkan rider Mom Care yang menawarkan manfaat rawatan kesuburan. Rider Mom Care ini direka khusus untuk melindungi bakal ibu daripada komplikasi ketika kehamilan serta masalah kongenital bagi bayi mereka selepas kelahiran. Ia didatangkan bersama dengan Manfaat Penjagaan Kesuburan yang menyediakan sokongan bagi para wanita untuk merealisasikan aspirasi mereka untuk bergelar seorang ibu.

Pelan PruBSN Anggun boleh dilanggani bermula daripada RM50 sebulan, menjadikannya amat berpatutan bagi para wanita dan setelah matang, mereka akan menerima jumlah penuh nilai sijil mereka. Sama ada mereka seorang anak, saudara, ibu, isteri, graduan atau individu bekerjaya, mereka memainkan peranan penting dan seharusnya dilindungi dalam setiap langkah mereka.

“Komitmen serta kepentingan kami adalah untuk menyediakan perlindungan yang selayaknya pada setiap peringkat hidup. Ini adalah seiring dengan matlamat kami untuk menyediakan Takaful untuk semua, untuk kehidupan. Harapan kami, dengan menjadikan PruBSN Anggun sebagai pelan pilihan anda, ia akan membantu anda mengorak langkah dalam menjadikan aspirasi anda suatu kenyataan,” kata Encik Wan Saifulrizal. – SM

 

(Visited 1,170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button