Nasionalpilihan

I-CReST2021 dapat sambutan baik walaupun dicabar pandemik

WALAUPUN negara sedang berdepan dengan pandemik, penganjuran konfserensi konferensi antarabangsa – International Conference On Research And Practices In Science, Technology And Social Sciences (I-CReST2021) tetap mendapat sambutan yang baik.

Malah, penganjuran kali kedua dengan norma baharu pada 26 Jun lalu itu telah menerima sebanyak 140 penyertaan kertas penyelidikan dari dalam dan luar negara yang merangkumi pelbagai bidang penyelidikan seperti bidang sains, teknologi dan sains sosial.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam satu kenyataan berkata, konferensi itu disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube dan Facebook Rasmi Pusat Asasi UiTM.

“Agak membanggakan, penganjuran konferensi tahun ini telah mendapat penyertaan yang sangat baik dan positif.

“Konferensi antarabangsa ini yang bertemakan “Embracing Research Culture And Fostering Academic Excellence” dirancang sebagai platform memperlihatkan hasil penyelidikan setiap peserta dan menyediakan peluang kepada para penyelidik untuk berkongsi hasil penyelidikan melalui pembentangan yang dilakukan di samping mewujudkan kolaborasi antara para peserta,” katanya.

Menurutnya, setiap pembentang juga berpeluang untuk menerbitkan kertas penyelidikan mereka sama ada di jurnal berindeks Scopus, jurnal berindeks MyCite/MyJournal atau e-Proceedings.

Jelasnya, kesemua abstrak peserta juga akan diterbitkan di dalam buku abstrak I-CReST2021 Virtual Conference.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Ts. Dr. Roziah Mohd Janor berkata, pandangan bersama mengenai bidang yang berkaitan dapat membantu kita memastikan dan mengekalkan budaya penyelidikan yang kuat ke arah kemajuan dan kemajuan masyarakat, terutama dalam keadaan norma baru ini.

Menurut kenyataan itu, konferensi ini juga telah disertai oleh seorang Plenary Speaker dan dua orang Keynote Speakers daripada bidang Sains Sosial dan Sains & Teknologi iaitu Professor Datuk Dr. Halimaton Hamdan (Universiti Teknologi Malaysia -UTM); Professor Dr. Tetsuo Soga (Nagoya lnstiture of Technology, Japan) dan Professor Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz (Universiti Teknologi MARA- UiTM).

“Selain itu, sebanyak 20 orang penceramah jemputan daripada pelbagai Universiti dalam dan luar negara juga ikut serta dalam konferensi itu.

“Kejayaan konferensi ini dapat dilihat melalui penyertaan peserta dari luar negara termasuk Indonesia, Brunei, Morocco dan Egypt.

“Hasil maklumbalas dari para peserta juga sangat positif dan berpuas hati dengan penganjuran konferensi kali ini dengan ilmu baru yang diperolehi,” katanya.

Tambahnya, penganjuran program seperti ini akan terus dipergiatkan bagi mencapai sasaran UiTM untuk menjadi sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan. -SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button