AgamaNasionalpilihan

TV AlHijrah bersolidariti bersama Palestin

#PalestinKembali

MENGGUNAKAN tanda pagar #PalestinKembali. Kesatuan Ummah adalah satu kempen yang dilaksanakan oleh TV AlHijrah untuk menaikkan semangat dan menyatukan umat Islam dalam mempertahankan Palestin.

Bukan itu sahaja, kempen Kesatuan Ummah #PalestinKembali adalah kempen yang menyeru semua lapisan masyrakat dengan pelbagai latar agama dan bangsa untuk menyokong sebarang usaha rakyat Palestin menuntut hak dan kembali ke tanah air mereka. Kempen ini juga menepis sebarang neratif jahat yang menyatakan rakyat Palestin merampas negara Israel.

Selaku media Islam, TVAlHijrah menyahut seruan pihak kerajaan untuk terus berdiri utuh tanpa gentar menzahirkan sokongan moral dan menyalurkan semangat di platform televisyen dan media sosial dengan membuat pendedahan tentang isu kemanusiaandan keamanan Palestin secara meluas.

Bagi melaksanakan kempen Kesatuan Ummah #PalestinKembali, penonton boleh memuat naik poster khas atau poster berkaitan Palestin dengan menggunakan tanda pagar #KesatuanUmmah dan PalestinKembali ke laman-laman sosial masing-masing.

Seterusnya, gunakan kapsyen “Saya (Nama anda) menyertai Kesatuan Ummah dan kempen #PalestinKembali dan mendoakan para pejuang dan rakyat Palestin kembali ke tanah air dalam masa terdekat, Insha-Allah”. Melalui usaha yang kecil ini. Dengan izin Allah akan memberi impak yang luar biasa.

Selain itu, TV AlHijrah turut menyiarkan Doa Qunut Nazilah serta lagu Air Mata Gaza secara kerap terutamanya pada wkatu puncak. Berita AlHijrah turut membuat live TikTok secara agresif bagi mengupas keganasan Israel.

Tuan Hj. Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Penonton TV AlHijrah juga diseru untuk Bersama-sama menghadiahkan bacaan Yasin kepada rakyat Palestin menerusi program khas Solidariti Yasin Untuk Palestin, Sabtu, 14 Oktober, jam 9malam.

Dapatkan kemaskini terkini dengan menonton TV AlHijrah dan laman sesawangnya menerusi kapsul-kapsul ringkas serta trivia yang memaparkan fakta-fakta menarik tentang bumi Palestin dan beberapa peristiwa pada zaman nabi yang perlu dihayati sebagai umat Islam. – SM 

Artikel berkaitan > TV AlHijrah sambut ulang tahun ke-13 dengan tema ‘Satukan Ummah Dengan Ilmu’

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button