Nasional

Sudah tiga kali anggota PGA ditembak bulan ini – KPN

KEJADIAN tembakan melibatkan penyeludup dan Polis Diraja Malaysia sudah terjadi tiga kali pada bulan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kejadian pertama berlaku pada 12 November diikuti 15 November dan terbaharu pada hari ini hingga mengorbankan satu nyawa.

“Sebelum ini tembakan mereka tidak kena dan apa yang dilakukan ini menunjukkan yang penyeludup ini begitu agresif dan marah sekali dengan anggot Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas.

“Sebelum ini mereka sering menggunakan lastik dan senapang angin untuk menembak anggota Batalion 3 Senoi Praq dengan tujuan untuk menakutkan anggota kita,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya sudah menerima maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan di laluan berkenaan lebih awal dan merancang untuk melakukan operasi besar-besaran.

Malah, anggota dari unit VAT69 Komando juga telah digerakkan dua hari lebih awal untuk memantau lokasi penyeludupan.

“Setakat ini polis Thailand telah menahan empat warganya iaitu tiga yang cedera dan mendapat rawatan manakala seorang lagi yang membantu membawa kesemua mereka ke hospital.

“Dua lagi warga Thailand itu ditahan oleh anggota Komando 69 dan PGA yang melakukan operasi mengesan suspek selepas kejadian berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan yang pihaknya telah 13 individu yang terlibat dengan tujuh kumpulan yang aktif melakukan aktiviti menyeludup barang ke luar sempadan negara.

Jelasnya, daripada 13 tangkapan itu, tiga daripada mengaku terlibat dengan menyediakan ketum dan ubat batuk untuk diseludup ke Thailand.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, seorang anggota PGA BN3 maut manakala seorang lagi cedera selepas berbalas tembakan dengan 13 penyeludup dari Thailand.

Abdul Hamid berkata, anggota yang maut ialah mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang cedera di bahagian rusuk kanan.

Jelasnya, seorang lagi anggota iaitu Koperal Norihan A/L Tari, 39, pula terkena tiga das tembakan iaitu dia di bahagian perut dan satu di bahagian belakang badan dan kini sedang dirawat. -SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button