MahkamahNasional

Tuduhan ke atas Inspektor Sheila tak berasas dan remeh-Peguam Manoharan

Inspektor Sheila yang tular di media sosial akan memfailkan bantahan awal berkaitan isu Perlembagaan Persekutuan bagi membatalkan tiga tuduhan termasuk mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Peguam M Manoharan, mewakili wanita itu atau nama penuhnya, Sheila Sharon Steven Kumar, 35, berkata, bantahan itu atas alasan pertuduhan dikenakan tidak berasas dan remeh.

“Saya nak bangkitkan dua pertuduhan (di hadapan Majistret, Chai Guan Hock) dan satu tuduhan (di hadapan Majistret, Nor Hafizah Rajuni), sama ada pendakwaan ingin mendengar semua kes di mahkamah ini (depan Guan Hock).

“Saya percaya pengadu kes di hadapan seorang lagi majistret (Nor Hafizah) akan dipanggil sebagai saksi di hadapan mahkamah (Guan Hock).

“Kami sudah diserahkan laporan polis kes (hadapan Nor Hafizah), mohon satu lagi tarikh sebutan,” katanya ketika sebutan kes di hadapan Guan Hock, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi berkata, sebahagian dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan Sheila sebelum Guan Hock menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan kes seterusnya.

Ketika prosiding di hadapan Nor Hafizah pula, Timbalan Pendakwa Raya, B S Erneetha Kaur memaklumkan perkara sama sebelum majistret terbabit memutuskan tarikh itu untuk penyerahan dokumen.

Sheila berdepan tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal serta dua orang awam.

Di hadapan Guan Hock, dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Wanita juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Nor Hafizah pula, Sheila didakwa menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak, masing-masing pada jam 12 tengahari dan 1 tengah hari, 15 Jun lalu. – SUMBER MY METRO – SM

BACA Inspektor wanita, Shiela mengaku tidak bersalah di Mahkamah dan mohon dibicarakan

BACA Bila Iqbal masuk jarum, kenapa Inspektor Shiela persoalkan?

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button