Nasional

Hampir separuh penduduk Kuala Lumpur telah divaksin

HAMPIR separuh atau 42.7 peratus penduduk di Kuala Lumpur telah disuntik dengan dos pertama vaksin Covid-19 iaitu merangkumi 758,438 orang.

Daripada jumlah itu 8.3 peratus atau 145,906 orang telah mendapat kedua-dua dos suntikan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bilangan dos vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia meningkat kepada 6,051,198 dos sehingga semalam.

Tambah JKJAV, sehingga kini sebanyak 4,384,441 orang atau 13.4 peratus daripada populasi telah disuntik dengan dos pertama manakala 5.1 peratus telah menerima kedua-dua suntikan.

Semalam sejumlah 235,623 dos suntikan vaksin diberikan melibatkan 181,840 dos pertama dan 53,783 dos kedua.

Putrajaya menjadi wilayah kedua teramai populasi telah disuntik dengan dos pertama iaitu 31 peratus atau 34,080 orang dan daripada jumlah itu 19 peratus (20,861) telah menerima kedua-dua dos.

Labuan mencatatkan 27.2 peratus (27,122) penduduk telah menerima vaksin pertama dan 13.5 peratus (13,439) telah menerima kedua-dua dos.

Sarawak berada dikedudukan keempat dengan 23.7 peratus (667,480) penduduk telah divaksin dos pertama dan 8.7 peratus (188,289) telah menerima kedua-dua dos.

Perlis menjadi negeri kelima teramai jumlah polulasi telah disuntik dengan dos pertama 22.6 peratus atau 57,691 orang dan 29,496 ata7 11.4 peratus telah menerima kedua-dua dos.

 

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button