Ekonomi

TrueMoney menyediakan faedah kakitangan untuk Charoen Pokphand (C.P.) Group dan Lotus’s di Malaysia

TrueMoney, salah satu perkhidmatan e-dompet terkemuka di Malaysia, secara rasminya hari ini memperkasakan faedah kakitangan untuk Charoen Pokphand Thailand (C.P.) Group dan rangkaian pasaraya, Lotus’s. Bermula dari bulan Mei, kakitangan Lotus’s kini boleh menikmati kemudahan tawaran dan faedah yang diberikan oleh aplikasi TrueMoney, sementara kakitangan C.P. Group akan menerima faedah ini bermula pada bulan Ogos.

Sejak pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2023, TrueMoney Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang ketara, dimana kini mereka mempunyai kira-kira 12,000 peniaga dan lebih 30,000 mata pembayaran yang merangkumi peruncitan, permainan, teknologi, restoran dan banyak lagi. Beroperasi di enam negara lain, e-dompet TrueMoney telah mencapai 50 juta muat turun, dan memenuhi keperluan pangkalan pengguna yang luas di seluruh Asia Tenggara.

Jessie Chong, Pengarah Urusan Negara Kumpulan Ascend, berkata, “Kami amat berbesar hati kerana TrueMoney telah dipilih sebagai rangkaian faedah kakitangan rasmi untuk organisasi terhormat seperti C.P. Group dan Lotus’s. Melalui e-dompet kami, kakitangan mereka mempunyai akses kepada pelbagai jenis perniagaan, serta promosi yang menakjubkan, pulangan tunai dan faedah sebagai ganjaran kepada mereka. Ini adalah cara yang inovatif dan praktikal untuk meluaskan manfaat kakitangan yang mudah dan menggalakkan penggunaannya. Kami berharap melalui sarana ini, para pekerja  boleh menikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai yang lancar dan selamat dengan e-dompet TrueMoney apabila mereka berbelanja di Lotus’s atau mana-mana pedagang yang mengambil bahagian.”

Mengikuti kemudahan itu, setiap kakitangan di Lotus’s kini boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10% dalam kredit e-dompet TrueMoney apabila membuat pembelian di pasaraya Lotus’s menggunakan aplikasi TrueMoney. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk semua transaksi tanpa sebarang perbelanjaan minimum, dengan had RM50 untuk setiap kakitangan setiap sebulan. Selain itu, kakitangan Lotus’s akan memperoleh 3x mata Lotus’s untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, berbanding 2x mata Lotus’s yang diperoleh oleh pelanggan biasa.

Kakitangan C.P. Group juga kini berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak 5%  atas pembelian mereka di pasaraya Lotus’s apabila menggunakan aplikasi e-dompet TrueMoney, tanpa sebarang perbelanjaan minimum, tetapi dengan had maksimum RM25 setiap kakitangan sebulan.

Lebih daripada ‘sekadar’ e-dompet

TrueMoney Malaysia berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak hubungan bersama syarikat terkemuka untuk faedah kakitangan mereka pada tahun-tahun akan datang. Dalam kerjasama berpotensi ini, syarikat-syarikat akan berpeluang untuk memanjangkan diskaun eksklusif kakitangan untuk pembelian yang dibuat di pasaraya Lotus’s atau mana-mana peniaga e-dompet TrueMoney yang sedia ada. Selain itu, TrueMoney merancang untuk memperkenalkan kempen pemasaran yang dirangka khas, termasuk lah program rujukan kakitangan, cabutan bertuah yang menarik, jerayawara (roadshow)serta inisiatif inovatif lain.

“Selain pulangan tunai dan mata ganjaran ahli Lotus, kami kerap menganjurkan cabutan bertuah yang dirangka khas dan kempen pemasaran yang menarik untuk menawarkan kakitangan peluang memenangi hadiah menarik. Melalui inisiatif ini, kami bersasar untuk mewujudkan ekosistem yang saling menguntungkan di mana kakitangan boleh menikmati faedah TrueMoney dan kelebihan pembayaran digital yang lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada C.P. Group dan Lotus’s diatas kepercayaan mereka kepada untuk kami menggalas tanggungjawab sebagai peneraju faedah kakitangan mereka, dan kami berharap dapat memberikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada kakitangan serta pelanggan mereka,” terus Jessie. 

Melalui perkongsian strategik sedemikian, TrueMoney berusaha untuk membangunkan ekosistem perkhidmatan pembayaran digital yang komprehensif, memberikan faedah dan kemudahan yang dipertingkatkan untuk kedua-dua kakitangan korporat dan kesemua rakyat Malaysia. Dengan pelbagai perkhidmatan dan tawaran yang luas, jenama itu menyasarkan untuk menjadi platform utama bagi semua keperluan pembayaran digital di Malaysia. =- SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button