Politik

Putra sokong penglibatan belia dalam Parlimen Digital

KEWUJUDAN Parlimen Digital sebagai platform bagi mengumpulkan aspirasi belia wajar disokong dalam menggalakkan kebebasan bersuara dalam kalangan generasi muda.

Di samping memberi pendedahan tentang fungsi demokrasi, ia juga memberi peluang kepada generasi muda berdebat dan pidato mengenai undang-undang dan dasar negara.

Justeru, penggunaan platform digital, merupakan peluang bagi lebih ramai generasi muda untuk terlibat dalam pembangunan dasar negara.

Aspirasinya pula wajar disampaikan kepada kerajaan pemerintah sebagai satu kaedah memastikan suara belia didengari golongan pembuat dasar.

“Meraikan kebebasan bersuara rakyat khusus dari kalangan anak muda secara intelek akan menggalakkan sistem demokrasi berkembang dengan positif.

BACA > Jangan tunda peranan generasi muda — Suara Merdeka

“Menghalangnya bukan sahaja akan merencatkan kefahaman malah dilihat sebagai kebelakang.

“Seolah-olah kerajaan mahukan anak muda sekadar menjadi pak turut dan menjadi katak di bawah tempurung.

“Sepatutnya anak muda masa yang berpotensi masa kini di angkat dan diberi peluang meluahkan rasa dan menghujah pendapat berdasarkan isu-isu semasa yang membebankan rakyat.

PARLIMEN DIGITAL
NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

“Ia sedikit sebanyak melatih anak-anak muda untuk membanyakkan pembacaan agar hujah penuh fakta dan idea menjadi lebih bernas.”

Demikian kenyataan Ketua Wira Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif yang mengulas peranan dan fungsi Parlimen Digital sebagai wadah baharu generasi muda.

Menurutnya lagi, perkembangan teknologi wajar dimanfaat sepenuhnya untuk tujuan yang memberi manfaat kepada generasi muda dan negara.

BACA > Ibu kandung, teman lelaki ditahan dera 2 beradik — Suara Merdeka

Katanya, platform Parlimen Digital boleh dianggap sebagai satu anjakan paradigma dalam negara dalam usaha melibatkan generasi muda dengan pembentukan dasar.

“Wira Putra yakin dengan keadaan dunia internet dan tanpa sempadan tiada siapa yang boleh kawal perkembangan teknologi dan revolusi digital.

“Kerajaan perlu baiki kepercayaan bahawa dengan kebebasan bersuara dan penghujahan pendapat di kalangan anak muda secara ilmiah dan teratur dapat membantu proses membina negara berintegriti.

“Pada masa yang sama memperkasa good governance.

“Kerajaan seharusnya peka dan bergerak seiring dengan arus peredaran zaman.

“Di mana pelbagai platform dan aplikasi direkacipta untuk tujuan sosial dapat dimanfaatkan sebagai wadah pendidikan bentuk baharu dan lebih bermanfaat.

“Wira PUTRA menolak sebarang unsur menghalang daripada revolusi politik melalui Parlimen Digital.

“Yang menyekat anak muda daripada menyuarakan pendapat dan memberi hujah yang baik dalam memperkukuh pentadbiran negara,” jelasnya.

Terdahulu Parlimen Digital bersidang dari 4 – 5 Julai mengumpulkan seramai 222 orang belia.

BACA > 21 ditahan dalam parti liar dijemput melalui WhatsApp — Suara Merdeka

Antara usul yang dibahaskan adalah Sistem Pendidikan Negara Memerlukan Pelan Kesiapsiagaan untuk Krisis Covid-19. – SM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button