Rencah Hidup

MRT siap, jalan raya masih sesak?

Oleh Hasyir Afham

PROJEK Transit Aliran Massa (MRT) dari Kajang ke Sungai Buloh yang siap sepenuhnya sejak empat tahun lalu bertujuan melancarkan aliran trafik jalan raya selain kemudahan buat pengguna perkhidmatan awam di negara ini.

Namun begitu, tinjauan Suara Merdeka sejak pada pukul 7.30 pagi tadi berdekatan MRT Sri Raya dan Taman Suntex mendapati keadaan jalan raya masih sesak kira-kira 10 kilometer.

ZAINAL
ZAINAL KLING


Fenomena kesesakan ini bukan perkara baharu malah ia berlaku sejak 10 tahun lalu semasa Lebuh Raya Grand Saga sudah siap sepenuhnya di kawasan tersebut.

Namun, timbul persoalan kenapa projek MRT masih tidak mampu mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan Cheras khususnya?

Adakah salah pengguna yang menggunakan kereta ke pejabat sedangkan bilangan pengguna MRT juga semakin bertambah pada setiap hari?

Bagi pengguna MRT, Muhammad, 30, dia tinggal di kawasan itu sejak 25 tahun lalu dan baginya kesesakan jalan raya tidak berubah sejak dia membesar di tempat itu.

“Saya tinggal di sini sejak bersekolah tadika, belajar dan bekerja. Sebelum MRT ada, saya memang biasa menaiki bas sejak zaman sekolah menengah.

“Tapi rasa kecewa juga, walaupun saya naik MRT setiap hari jalan raya masih sesak sehingga hari ini,” jelas pekerja swasta tersebut.

Operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang yang siap sepenuhnya pada 2017 melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer (km).

Jajaran keseluruhan 51km itu merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah, Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang berintegrasi dengan Laluan LRT di stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka, yang berintegrasi dengan stesen LRT Plaza Rakyat.

Jajaran itu turut mempunyai kemudahan sambungan dengan rangkaian LRT, monorel, KTM dan ERL di Stesen Muzium Negara, yang dihubungkan dengan stesen KL Sentral.

Stesen MRT Bukit Bintang juga disambungkan dengan stesen monorel Air Asia-Bukit Bintang.

Serentak dengan pembukaan fasa kedua laluan MRT itu, perkhidmatan bas perantara untuk stesen yang baharu dibuka turut dimulakan, sekali gus meluaskan liputan bas perantara yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd kepada 23 laluan tambahan merentasi 12 stesen MRT yang baharu.

Sebanyak 100 bas perantara tambahan disediakan untuk menghubungkan penduduk di kawasan perumahan dan komersial yang berhampiran dengan stesen MRT terpilih.

Fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21km, mula beroperasi pada 16 Disember 2016. – SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button