Politik

Jangan tunda peranan generasi muda

PARA pemimpin perlu diingatkan tentang peranan dan kepentingan sumbangan orang muda dalam kepimpinan dan pembangunan negara tidak boleh dinafi apatah lagi ditunda.

Bersikap pentingkan diri demi mengekalkan kedudukan boleh menyebabkan kepimpinan sekarang terus dipandang sepi kerana meminggirkan orang muda.

Generasi muda perlu diberi peluang dalam memainkan peranan kepada negara dalam segala sektor termasuklah ekonomi.

Mereka adalah generasi bertanggungjawab mencorak halatuju negara pada masa hadapan yang dihadapi generasi seterusnya.

“Persada politik umpamanya, memerlukan golongan muda sebagai pencetus pembaharuan yang nyata. Kita mesti berhenti memandang golongan belia hanya sebagai ‘pengganti’ kepada generasi lama.

BACA > Isu calon PM tidak releven, Izzah fokus kukuh jentera PKR — Suara Merdeka

“Ingatlah kita hidup di zaman ‘mereka’ dan mereka mesti mempunyai suara, sumbangan dan kepentingan yang mesti mereka lunaskan.

“Bukan tugas kita untuk menunda peranan mereka dalam politik dan kepimpinan parti dan negara.

“Sebagai generasi pewaris, golongan muda perlu diberi ruang dan peluang dalam sfera pembangunan, politik dan ekonomi negara.

“Cara lama kini sudah tidak lagi relevan, dan telah tiba masanya untuk kita memacu ke hadapan dengan membuka seluas-luasnya peluang kepada generasi pelapis.”

Kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Facebooknya yang mengingatkan pemimpin tentang perlunya sumbangan generasi muda.

Jelasnya, negara tidak boleh menafikan potensi pemimpin pelapis sedangkan negara maju bersedia dipimpin generasi muda.

Malah berdasarkan kenyataannya itu, pemimpin sekarang adalah terbentuk ketika mereka masih muda dahulu.

BACA > Chini: Masa terbaik PRU-15, guna lambang BN — Suara Merdeka

Justeru, generasi sekarang perlu digilap dan ditempatkan dalam kerajaan serta sektor swasta sebagai pemimpin pada masa hadapan.

https://www.facebook.com/TokMatHasanN9/posts/3387133721297674?__tn__=K-R

“Negara maju telah bersedia mempunyai Perdana Menteri dan Presiden dengan umur semuda 35 tahun.

“Masakan Malaysia ingin menafikan potensi pemimpin pelapisnya.

“Ekonomi Malaysia juga tidak boleh senantiasa selesa dan berpuas hati dengan ‘struktur’ lamanya.

“Fasa ekonomi seterusnya mesti berorientasi global dengan dipacu teknologi termaju.

“Mengambil teladan dari pengalaman pemain-pemain global, terbukti bahawa revolusi ekonomi dengan teknologi yang mengegarkan dunia saat ini tercetus dari idea-idea inovatif generasi muda.

“Syarikat-syarikat seperti Airbnb, Grab, Gojek dan OYO, semuanya tercetus dari idea besar dan sikap ‘adventurous’ golongan muda.

“Mereka menggunakan ilmu, kreativiti, teknologi dan inovasi untuk mencetus peluang dan memacu perubahan.

“Idea mereka mendahului zaman dan sangat disruptive,” jelasnya.

Ujar beliau lagi, kerajaan sekarang perlu menjadi pemudah cara bagi memastikan mereka berasimilasi dengan kepimpinan negara.

“Jangan beritahu mereka apa yang perlu mereka lakukan. Tetapi biarkan mereka bereksperimen dengan idea mereka.

BACA > Inilah kuasa rakyat, kejayaan PRK Chini kejayaan bersama – Najib — Suara Merdeka

“Era Kerajaan tau segalanya telah berakhir,” tegasnya. – SM

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button