Ekonomi

Menteri Sarawak tegur pemain pelancongan tak reti bersyukur!

SEPANJANG tempoh hibernasi wabak Covid-19 dalam negara kita, industri pelancongan turut sama terjejas kerana kita tidak menerima kemasukan pelancong antarabangsa.

Selain itu, pelancong domestik juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada 18 Mac lalu sehinggalah keadaan dalam negara dilihat kembali pulih daripada wabak pendemik itu.

Dalam usaha kerajaan dan rakyat Malaysia untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang meragut nyawa tanpa mengenal usia, industri perhotelan turut terjejas.

Keadaan meruncing ekonomi negara turut menambah lagi impak ke atas kedua-dua industri ini walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PH) di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan tampil dengan Bantuan PRIHATIN Rakyat dan terkini, PENJANA.

Keadaan getir industri pelancongan bukan sahaja berlaku di Semenanjung tetapi juga di bumi kenyalang.

GAMBAR FMT/Menteri Pelancongan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), seorang menteri Sarawak menegur pemain-pemain (players) pelancongan tempatan kerana merayu kerajaan negeri memberi lebih banyak bantuan ketika industri itu cuba pulih daripada pandemik Covid-19.

Menteri Pelancongan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beberapa pemain pelancongan tidak berpuas hati dengan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan.

“Bukan pelancongan sahaja industri yang perlu dibantu…Kami cuba sebaik mungkin untuk membantu. Kita perlu tengok isu ini secara keseluruhan,” kata Abdul Karim.

Beliau berkata, dengan pembukaan semula pelancongan domestik, kerajaan negeri menyediakan beberapa strategi untuk membantu dari segi pemulihan industri itu.

Ini termasuk, kata Abdul Karim, membantu pemain-pemain pelancongan menerusi pemberian pakej insentif pelawat sebanyak RM1 juta.

Kerajaan negeri turut menyediakan peningkatan kemahiran dan pembangunan kapasiti untuk pemain industri, mempelbagaikan industri dan memanfaatkan platform e-dagang, katanya.

Abdul Karim turut menyentuh tentang meningkatkan kapasiti digital industri pelancongan menerusi dana ekosistem pelancongan dalam talian sebanyak RM250,000; meningkatkan ketersambungan dan aksesibiliti udara, laut dan tanah; dan mengasaskan pusat latihan untuk kesenian dan kraftangan.

tempat menarik sarawak Lokasi Percutian kegemaran 2017

Beliau menambah, kerajaan negeri juga membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak untuk menetapkan hala tuju pembangunan ekonomi sehingga tahun 2030, termasuk pelancongan.

“Kalau anda meminta lebih banyak bantuan dan merungut tentang semua yang diberi kepada anda, mengatakan ia tidak mencukupi, jadi apa yang cukup?

“Kalau anda tidak berpuas hati maka anda harus tinggalkan industri ini (pelancongan) dan cari yang lain,” ujar Abdul Karim.

Beliau berkata, negara sedang beralih ke normal baru, dan pemain industri harus bersyukur dengan bantuan yang disediakan setakat ini. – SM

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button