Sukan

Tinju dapatkan jurulatih Uzbeksitan

KHIDMAT jurulatih dari Uzbekistan menjadi pilihan Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) bagi membimbing skuad elit kebangsaan.

Menerusi kontrak selama dua tahun tanpa mendedahkan nama jurulatih berkenaan, Timbalan Presiden PTAM Mohd Iruan Zulkifli berkata, individu itu yang merupakan bekas atlet dari negara Asia Barat itu.

Dia dijangka tiba di Malaysia pada Oktober depan, setelah badan induk itu menyelesaikan pas kerja serta dokumen berkaitan.

“Kita lihat dari segi trek rekod dan setelah berbincang dan membuat penilaian, kita memutuskan bahawa beliau calon terbaik untuk melatih skuad elit negara.

“Beliau bekas atlet yang pernah menang pingat emas pada temasya Sukan Olimpik selain pingat gangsa pada Sukan Asia,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PTAM bersama wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) seperti yang dilaporkan BERNAMA

Mengulas lanjut, Mohd Iruan menegaskan jurulatih berkenaan bukan sahaja sebagai jurulatih kepada skuad elit, tetapi turut bertanggungjawab menurunkan ilmunya kepada jurulatih tempatan.

Beliau berkata Azmi Md Yunus yang membimbing skuad elit kebangsaan sejak 2017, akan diberi tugas membimbing skuad pelapis kebangsaan.

“Kita memberi tempoh setahun kepada beliau (jurulatih asing itu), dan Sukan SEA 2021 di Vietnam menjadi Petunjuk Prestasi Utama untuk beliau membuktikan kewibawaannya sebelum kita membuat keputusan lanjut,” jelasnya.

PTAM sebelum ini dilaporkan mengenal pasti enam calon jurulatih asing dari beberapa negara termasuk Kazakhstan, Rusia dan Cuba untuk membimbing skuad elit kebangsaan.

Dalam pada itu, Mohd Iruan berkata PTAM akan menganjurkan kejohanan Piala Menteri Besar di Perak pada Oktober, selain Kejohanan Piala Malaysia pada Disember, namun lokasi bagi kedua-dua kejohanan tersebut belum ditetapkan.

Beliau berkata kejohanan itu turut menjadi medan pengukur kepada PTAM untuk menilai prestasi 10 petinju kebangsaan sama ada kekal dalam Program Podium atau digantikan dengan petinju yang mempamerkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan yang dicadangkan badan induk itu pada tahun ini.

(Visited 421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button