Sukan

UniMAP juara woodball

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara kejohanan liga woodball merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra 2020 menumpaskan juara bertahan selama dua tahun berturut-turut iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP, Pauh Putra semalam.

Sementara itu, pasukan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pula berjaya menundukkan Kolej Matrikulasi Perlis bagi merebut tempat ketiga dan keempat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meluangkan masa berangkat menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Pada kesempatan tersebut baginda turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis dari UniMAP iaitu Muhamad Azan Yaakob kerana telah dipilih sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa dalam Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWF) bagi tempoh selama 4 tahun bermula 2021 hingga 2025.

Pada 14 Disember 2020 yang akan datang nanti pula akan diadakan satu pertandingan antara Ketua-ketua Jabatan dan agensi Persekutuan dan negeri bersempena majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan woodball Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra. Kejohanan ini adalah siri yang ke-4 yang diadakan setiap tahun bermula sejak tahun 2017 lalu lagi dan merupakan ilham Tuanku Raja Muda sendiri.


(Visited 316 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button