Nasional

Tinggal 1.6% untuk cecah 90% populasi dewasa lengkap divaksin

TINGGAL hanya 1.6 peratus untuk mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin bagi membolehkan sempadan antara negeri dibuka.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin Covid-19 sehingga semalam 20.698 juta penduduk dewasa telah menerima dua dos vaksin.

Tambahnya 94.5 peratus atau 22.117 juta penduduk populasi dewasa di negara ini telah disuntik dengan satu dos vaksin.

Keseluruhan sejumlah 73.8 peratus atau 24.085 juta rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daripada jumlah itu 63.8 peratus atau 20.819 juta rakyat Malaysia telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan peratusan tertinggi populasi dewasa lengkap divaksin iaitu 111.8 peratus.

Diikuti Labuan (98.9 peratus). Negeri Sembilan (98.3 peratus) dan Perlis (92.7 peratus).-SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button