Nasional

Waspada panggilan palsu tawaran dana haji

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menasihati orang ramai agar berwaspada dan tidak terperdaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan sebarang bentuk dana untuk mengerjakan ibadat haji menerusi panggilan telefon.

TH dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya telah menerima laporan bahawa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang menawarkan dana haji yang membolehkan pendeposit menunaikan haji dengan lebih cepat.

Tambahnya, pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran iaitu yang dahulu akan didahulukan.

“Pihak TH tidak pernah melantik mana-mana organisasi yang menawarkan dana untuk mengerjakan haji menerusi panggilan telefon.

“TH berharap orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran dana bagi urusan haji daripada pihak yang tidak dikenali,” katanya.


Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi khidmat talian TH di talian 03-62071919.  -SM

 

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button