Nasional

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia

PERKHABARAN mendukacitakan yang dikongsi di media sosial Facebook, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 10.53 malam.

Terdahulu dilaporkan, Rizuan yang disahkan positif Covid-19 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bagaimanapun, keadaan Rizuan ketika menerima rawatan di ICU dilaporkan kritikal.

Allahyarham Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong telah disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari yang sama.

Turut menerima rawatan di ICU PPUM ialah isteri allahyarham, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad namun kondisi beliau tidak diketahui.

Salam takziah buat keluarga allahyarham Rizuan daripada warga kerja SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button