Nasional

Mufti Wilayah puji buku perjuangan Fuziah, netizen pula tanya pasal Lynas

BUKU bertajuk Secebis Sanubari Perjuangan tulisan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dipuji  Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Menurut Zulkifli, buku tulisan Ahli Parlimen Kuantan itu menujukkan semangat waja Fuziah yang sarat dengan idea dan cita-cita untuk mereformasikan institusi agama.

“Petang semalam saya dihadiahkan buku ini oleh YB Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Melihat sepintas lalu, jelas menunjukkan semangat waja beliau yang sarat idea. Cita-cita beliau untuk mereformasikan institusi agama adalah matlamat utamanya. Terima kasih atas buku ini,’ kata Zulkifli.

Rata-rata pengikut Facebook Mufti Wilayah Persekutuan itu teruja dengan buku yang ditulis Fuziah dan berminat untuk mengetahui perjuangan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuantan tersebut.

Mereka turut melontarkan pertanyaan sama ada perjuangan Fuziah mengenai kempen anti-Lynas beliau turut dimuatkan dalam buku Secebis Sanubari Perjuangan itu.

“Kenal beliau sebab kesan-kesan Lynas. Sotong kepala ikan.. Ayam berkaki empat.. Ikan bitnik-bintik,” terang Mohamad Ramli Kamardin.

“Dia perjuangkan utk tutup Lynaskan? Ke dia nak Lynas dipanjangkan tempoh operasi? Perjuangan dia,” komen Sabre Rashid.

“Cuba tuan tanya dia pasal idea Lynas.. Memang sarat sangat,” cadang Natrah Ilman.

“Perjuangan menentang Lynas akhirnya terkubur jua. Okay, ini dah paling lembut rasanya tone yang digunakan,” kata Amirul.

“Pejuang lynas akhirnya kecundang ditangan kawan sendiri,” menurut Mohd. Halmi Rashidi.

“Tuan mufti tolong suruh dia istiqamah. Dulu dia tentang Lynas habis habisan. Sekrang bila dah jadi kerajaan Lynas dibolehkan pula. Cakap dengan dia jangan sembang kari,” nasihat Rizal Zainun.

“Apabila rakyat dipermainkan oleh ahli politik tak kira siapa dia akan dikecam walau dalam page Mufti,” kata Halim.

Sebelum Pilihan Raya ke-14 Fuziah antara pemimpin pembangkang yang mentang kewujudan Lynas (Malaysia) Sdn Bhd.  Bagaimanapun kilang pemprosesan nadir bumi itu masih lagi beroperasi walaupun Pakatan Harapan berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan.

Anggota Parlimen Kuantan itu ketika ini tetap berpendirian bahawa sisa kilang pemprosesan di Gebeng itu perlu dihantar pulang ke Australia meskipun ada pihak mengatakan radiasi yang dihasilkan adalah rendah.

Pada 1 Jun 2019,  turut mempersoalkan apakah tindakan yang akan dilakukan jika berlaku peningkatan mendadak kes penyakit kanser di kawasan berhampiran kilang Lynas pada masa akan datang, memandangkan tiada kajian dasar kesihatan penduduk dilaksanakan di situ.

Sehubungan itu, beliau berpandangan amalan terbaik yang boleh dilakukan ialah menghantar semula sisa itu ke Australia untuk dilupuskan di lombong di sana jika Lynas dibenarkan untuk meneruskan operasinya di negara ini-SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button