Politik

Patung Buddha di Kelantan mungkin dirobohkan jika dipindah ke P. Pinang

Patung Buddha berbaring di Kelantan mungkin dirobohkan jika dipindah ke Pulau Pinang, itu pun sekiranya ‘gelombang hijau’ berjaya menguasai negeri tersebut.

Namun buat masa ini, tiada tanda-tanda ‘gelombang hijau’ yang merujuk kepada Pas mampu menguasai Pulau Pinang kerana majoriti penghuni di situ bukanlah orang-orang Melayu.

Hatta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mendedahkan tanah rizab Melayu di negeri itu tidak sampai 10 peratus, semua dijual kepada ‘orang luar’.

Meskipun ‘orang luar’ itu sudah mendapat kerakyatan di negara ini menerusi proses undang-undang dan kelahiran, sejarah telah berlaku dan fakta perlu ditelan.

Menurut laporan China Press, Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Hal ini demikian kerana ‘gelombang hijau’ dipercayai mampu memusnahkan tokong Buddha atau kuil Hindu dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Ketakutan ini mungkin berpunca setelah Guan Eng terbaca semula laporan Malaysiakini pada 2020 bahawa terdapat sebuah kuil Hindu yang dirobohkan di Alor Setar, Kedah.

Guan Eng tidak menceritakan bahawa Kuil Sri Madurai Veeran yang dibina pada tahun 1942 oleh pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM) dijadualkan untuk dirobohkan sejak awal lagi.

Tujuannya adalah untuk memastikan tataletak setiap binaan struktur di semua tempat patut berada pada tempatnya secara sah dan terkawal menurut garis undang-undang dan pentadbiran yang diletakkan di bawah agensi kerajaan sudah.

Paling biadab, Guan Eng tidak menceritakan selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal.

Bukankah sepatutnya orang-orang Melayu juga harus bangkit marah bertukar jadi pendekar kerana dewan silat dirobohkan pada tahun itu?

Fahami isu dan jangan bermain api. Apatah lagi jika mahu dijadikan modal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri tidak lama lagi!

(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button