Berita

Tidak sangka hanya dua peratus anggota Bomba takut terima suntikan vaksin

MELAKA 8 Februari. – Mereka ini dianggap sebagai ‘wira merah’ yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamakan mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam yang lainnya.

Namun disebalik kekentalan hati mereka tidak disangka hanya dua peratus kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih takut menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mendedahkan perkara tersebut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata, mereka menolak
suntikan vaksin tersebut disebabkan soal agama, takut kesan sampingan dan terpengaruh dengan gerakan
anti-vaksin.

Begitupun katanya, mereka yang terlibat kini sudah dikenal pasti di beberapa buah negeri dan usaha agensi itu adalah memberi kaunseling dan penerangan ke atas semua yang terlibat.

“Tidak sampai 50 orang yang kita kenal pasti menolak suntikan vaksin disebabkan beberapa alasan. Usaha sedang giat dilakukan untuk memberi kaunseling dan penerangan.

“Malah kita turut beri penerangan mengenai kepayahan yang akan dihadapi oleh individu ini terutama ketika masuk ke pejabat sebelum memulakan tugas,” ujarnya dalam sidang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat JBPM Melaka yang telah disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Bukit Katil di sini.

Yang turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Pengarah JBPM negeri, Penolong Pesuruhjaya Abu Bakar
Katain.

Menurut Mohamad Hamdan berkata, penerangan mengenai kepayahan yang akan mereka hadapi sewaktu bertugas kerana di setiap Balai Bomba dan Penyelamat mereka bekerja sebagai satu pasukan, begitu juga bila berada di dalam jentera.

“Selain itu, nak masuk balai pun kena imbas MySejahtera dan kalau berwarna lain daripada yang lain individu itu tidak dibenarkan masuk,” ujarnya.

Mengenai tindakan disiplin akan diambil ke atas mereka katanya, jika kakitangan tersebut selepas melalui kaunseling dan sesi penerangan serta masih tetap dengan keputusan untuk menolak vaksin barulah tindakan tegas akan diambil.

Katanya, kakitangan tersebut akan diminta untuk memberikan representasi mengapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas mereka.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button