BeritaNasional

Lelaki buta alih sendiri motosikal di laluan ‘tactile’

Akibat sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri dengan sesuka hati parking motor di laluan khas untuk golongan orang kurang upaya OKU, akhirnya menyusahkan golongan tersebut untuk berjalan kaki.

Baru-baru ini telah tular satu vedio dari media sosial, seorang lelaki tanpa penglihatan sempurna mengalihkan sendiri motosikal yang menghalang laluan perjalanan kaki untuk orang buta iaitu ‘tactile’.

Kelihatan orang buta gigih alihkan motosikal yang menjadi halangan untuk mereka

Menerusi sebuah hantaran yang di muat naik melalui TiktTok, isteri kepada lelaki berkenaan sedang menunggu suaminya di salah sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).

Ketika lelaki OKU tersebut sedang berjalan menuju ke kereta, kelihatan dia dihalangi dengan sebuah motosikal di laluan ‘tactile’ lalu dengan gigihnya dia mengalihkan motosikal tersebut.

 

https://www.tiktok.com/@mrranggapnnadia/video/7237887828695223559

Jelas isterinya, tujuan video di muat naik adalah untuk memberi kesedaran terhadap laluan ‘tactile’ tersebut bagi OKU yang mempunyai masalah penglihatan kerana ia merupakan panduan supaya orang buta dapat berjalan dengan selamat.

“Kita akan terus kongsi kesedaran laluan ‘tactile’ hak untuk golongan OKU, Ya, saya sentiasa sokong awak dan saya bangga dengan awak”.

Ayuh sediakan laluan tactile yang selamat untuk orang buta

“Ayuh semua sediakan laluan ‘tactile’ yang selamat untuk OKU penglihatan.” kata isterinya melalui hantaran media sosial.

Rata-rata warganet ramai yang menyokong tindakan tersebut, dan tidak sepatutnya berlaku demikian memandangkan laluan tersebut digunakan khas untuk orang buta dan bukan tempat parking motosikal.

Namun ada juga warganet yang baru mengetahui tentang fungsi laluan ‘tactile’ yang direka khas untuk golongan tersebut.

Malah warganet juga mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut kerana memberi kesedaran pada orang ramai supaya lebih peka.

Artikle berkaitan ;>

Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan jejak pendaki OKU

Lelaki OKU diperdaya jadi mangsa serakah seks luar tabii

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button