Ekonomi

Lelaki 60 tahun bergelar jutawan selepas melabur dengan Bank Rakyat

Tanpa disangka seorang lelaki berusia 60 tahun mendapat durian runtuh dari Bank Rakyat bernilai RM1 juta menerusi kategori Cabutan Hadiah Utama Akaun Pelaburan– i Rizq Plus Bank Rakyat.

Menerusi sebuah paparan video, pemenang yang berasal dari Kuala Lumpur, Azri Mohd Azmi dia sangat teruja dapat memenangi cabutan ini

“Saya tertarik terma yang fleksibel dan potensi keuntuganya yang saya rasa yang terbaik di pasaran

”Tak pernah terlintas pun di fikiran saya, saya akan menang hadiah sebesar ini. Terima kasih Bank Rakyat, yang pastinya saya akan terus melabur dalam akaun ini,”katanya menerusi paparan video ketika mengumumkan pemenang akaun pelaburan i-Rizq.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman, pelaburan-i Rizq semakin mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat.

Sidang media Bank Rakyat mengumumkan jutawan Pertama Akaun Pelaburan I-RIZQ Plus

”Pengumuman ini mengakhiri pencarian jutawan pertama produk akaun pelaburan sulung Bank Rakyat yang diperkenalkan pada Julai 2022 khusus untuk menyediakan pilihan pelaburan patuh Syariah yang mana kini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya semasa semasa majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Bank Rakyat turut meraikan pemenang Cabutan Hadiah Utama dengan tempat kedua dimenangi oleh Amir Rahman Abdul dari Selangor membawa pulang hadiah emas 500 gram.

Manakala Rohaya Mohammad dari Kuala Lumpur diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dengan menerima peratusan keuntungan dividen saham yang diisytihar: selama lima tahun (berdasarkan nilai saham berjumlah RM100,000) berserta hadi: wang tunai RM10,000 (bagi tahun pertama).

Mohamad Faiz Ibrahim dari Sabah yang memenangi tempat keempat pula menerima peratusan keuntungan dividen saham yang diisytiharkan selama lima tahun (berdasarkan nilai saham berjumlah RM50,000) berserta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (bagi tahun pertama).

Sebelum ini Bank Rakyat memperkenalkan struktur hadiah baharu bagi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus dengan menawarkan peningkatan hadiah lumayan berjumlah keseluruhan

RM5.8 juta dengan hadiah utama bernilai RM1 juta kepada pelanggan bertuah bermula awal Ogos tahun lalu sehingga Januari 2025.

Bank Rakyat menyeru orang ramai untuk merebut peluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan serta memanfaatkan peluang untuk bergelar jutawan menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh merujuk laman sesawang rasmi Bank Rakyat menerusi www.bankrakyat.com.my untuk senarai penuh pemenang. Bagi pelanggan yang berminat boleh dapatkan maklumat berhubung Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menerusi laman web dan media sosial rasmi @mybankrakyat serta hubungi Pusat Panggilan di talian 1-300-80-5454 atau kunjungi cawangan berdekatan.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button