Ekonomi

Lee Zii Jia Dilantik Duta Jenama LG PuriCare oleh LG Electronics

PENGELUAR dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah, LG Electronics (LG) telah melantik pemain  badminton ternama, Lee Zii Jia, sebagai duta jenama untuk produk inovatif berjenama, LG PuriCare™.

Kerjasama dengan Lee Zii Jia memaparkan komitmen LG dalam membolehkan gaya hidup sihat untuk masyarakat
Malaysia dan usaha berterusannya dalam menyediakan produk terkini yang bersih, pantas dan tepat untuk komuniti.

Dengan slogan, Life’s On, Live Better, jenama LG PuriCare™ berhasrat untuk bekerjasama dengan Lee Zii Jia untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia akan kepentingan  menjaga kesihatan dan kebersihan di masa ini, yang mampu direalisasikan melalui penyelesaian canggih air dan udara: Penapis Air Tanpa Tangki, Penapis Udara dan produk terkini, Penapis Udara Mudah Pakai.

“Kami amat berbangga dengan pelantikan Jaguh Badminton Kebangsaan Malaysia, Lee Zii Jia, sebagai duta jenama LG PuriCare™.

“Dengan tekad dan kesungguhan Zii Jia dalam menerajui cara hidup sihat, ia amat bersesuaian dengan pendirian jenama kami – terus maju ke hadapan dalam penjagaan kesihatan – dan produk berasaskan kebersihan untuk kesejahteraan hidup pengguna Malaysia,” kata Kim Kyu Tae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Katanya, melalui kerjasama dengan Lee Zii Jia, mereka berharap agar pengguna sentiasa diingatkan untuk menjadikan penjagaan kesihatan dan kebersihan suatu keutamaan dalam kehidupan mereka menuju ke era norma baharu.

Lee Zii Jia, pemenang pingat emas acara Lelaki Perseorangan di Temasya Sukan Asia Tenggara 2017, pemenang Kejohanan Badminton Terbuka All England 2021 dan bakal menyertai Thomas Cup di Denmark, terus menempa kejayaan yang memberangsangkan di arena badminton antarabangsa semuda 23 tahun.

“Saya sentiasa bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi saya di setiap latihan, permainan dan kejohanan.

“Salah satu fokus saya untuk merealisasikannya adalah melalui penjagaan kesihatan dimana saya selalu memastikan air dan udara adalah berkualiti di rumah mahupun di luar. Saya percaya rangkaian LG PuriCare™ menepati cara hidup saya,” kata Lee Zii Jia.

(Visited 504 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button