BeritaBola SepakSukan

Tiba-tiba Christian Rumbiak jadi bualan fan Malaysia

Dia bukan Christino Ronaldo yang terkenal serata dunia kerana kehebatannya beraksi di padang bola. Tetapi dia Christian Rumbiak pemain Indonesia yang menghadang botol yang dibaling penyokong Garuda daripada mengenai pemain Malaysia.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji sikap pemain jersi nombor 7 iaitu Christian Rumbiak kerana menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dalam perlawanan tersebut.

Pemain Indonesia yang menjatuhkan pemain Malaysia itu terus menghadap penyokong tuan rumah supaya hentikan perbuatan tersebut sambil cuba melindungi pemain Malaysia daripada terkena botol yang dilemparkan ke padang.

Dalam perlawanan itu skuad bola sepak negara terus melakar berita gembira buat kita semua selepas berjaya memenangi kemenangan menyingkirkan Indonesia pada separuh akhir dalam Kejohanan Bawah 18 tahun (B-18) Sekolah Sekolah Asia 2019 di Stadium Batakan, Balikpapan, Indonesia malam tadi.

Skuad negara yang rata-ratanya berusia 16 tahun berjaya memenangi perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti yang memihak kepada pasukan negara selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Skuad negara berjaya membuktikan bahawa stadium yang dipenuhi oleh penyokong tuan rumah serta terpaksa beraksi dengan 10 orang tidak mematahkan semangat mereka dalam memburu slot ke pentas akhir.

Sungguh pun insiden ‘panas’ yang berlaku dalam skuad senior kedua-dua pasukan masih lagi hangat dibicarakan, terdapat insiden yang agak menarik berlaku dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Ketika pemain Malaysia dijatuhkan oleh pemain Indonesia, penyokong Indonesia dilihat melempar botol ke dalam padang.

 

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button