Hiburan

Tiada kompromi untuk artis, kru penggambaran yang tidak ambil vaksin

BUKAN sahaja pelakon, tetapi kru penggambaran yang tidak mengambil vaksin juga akan digugurkan daripada terlibat dalam produksi.

Itu yang dilakukan penerbit, Jaja Ishak berkenaan dengan situasi penggambaran ketika negara dalam fasa endemik.

Menurut Jaja, perkata itu terpaksa dilakukan bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Mahu atau tidak, kita sebagai penerbit memang kena ikut arahan yang dikeluarkan oleh Finas untuk memudahkan proses penggambaran dijalankan.

“Nak ambil vaksin atau tidak itu memang terpulang kepada artis. Tetapi dia juga kena terima hakikat yang SPP Khas itu memang memerlukan setiap individu terlibat dengan penggambaran untuk divaksin.

“Malah, bukan artis sahaja yang digugurkan daripada penggambaran, tetapi juga melibatkan kru penggambaran. Mereka juga akan digugurkan,” katanya

Dalam pada itu, Jaja juga mengakui yang kos untuk penggambaran juga semakin meningkat berbanding sebelum ini.

Malah katanya, setiap penggambaran dilokasi baharu memerlukan ujian saringan Covid-19 bagi semua yang terlibat.

“Memang kos naik. Kalau filem rasanya ok lagi tetapi kalau drama yang memerlukan jumlah produksi ramai, memang terasa sikit.

“Kita juga perlu membayar pihak pemantau untuk memastikan semua penggambaran berjalan dengan cara yang tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP)

“Tetapi nak buat macam mana, memang itu SOP yang ditetapkan dan kita perlu patuh untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Jaja akan menerbitkan beberapa buah drama untuk siaran televisyen tempatan antaranya Adik Bam Bam, Bukan Teman Lelaki Streotaip dan sebuah drama bersempena bulan Ramadan berjudul Boss Kid.

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button